Skip to main content
Berita TempatanPulau PinangPutrajayaViralWilayah Persekutuan

700 Pelajar Hadir Karnival Negaraku:Tautan Kasih Gemilang Siswa

By 22 Julai 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh: Pradeeb Kumar Velayutham (Putrajaya)

GELUGOR, 22 Julai (Malaysiaaktif) – Kira-kira 700 pelajar Institut Perguruan Pulau Pinang hadir ke ‘Karnival Negaraku: Tautan Kasih Gemilang Siswa’, di sini semalam.

Program yang bertujuan untuk menanam semangat patriotik dalam kalangan belia ini, mendapat sambutan positif daripada para tenaga kerja serta pelajar.

Menurut pelajar tahun tiga jurusan Bimbingan dan Kaunseling, Ahmad Hishamudin, “program sebegini amat bagus untuk setiap insitusi pengajian tinggi yang mana dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar.”

Seorang lagi pelajar tahun dua jurusan Matematik berkata “pelbagai kerja dan penyediaan untuk program ini telah menyebabkan semangat kerjasama dan pasukan kami semakin akrab dan untuh.”

Sementara itu, pelajar tahun 1 jurusan Matematik, Nur Ain Zulkifli berkata “menerusi program ini saya dan kawan-kawan saya dapat merasai semangat perpaduan, terutamanya semasa kami menyanyi dan mengibarkan bendera jalur gemilang.”

IMG-20170722-WA0006

Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dalam ucapan perasmiannya berkata, “generasi muda perlu semai semangat cinta terhadap negara.”

Menurutnya, semangat patriotik tidak seharusnya disemai ketika sambutan bulan kemerdekaan sahaja sebaliknya perlu digelorakan sepanjang tahun.

Dalam pada itu, pakar motivasi, Dr Danial Zainal Abidin dalam ceramahnya berkata “kita perlu cipta sejarah, bukan hanya mengajar dan belajar subjek sejarah sahaja.”

Pelbagai acara lain turut dijalankan seperti pameran daripada agensi-agensi kerajaan, lukisan Mural Negaraku, pertandingan Bintang Patriotik dan persembahan oleh artis Pentarama.

Program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia ini diadakan selama dua hari, mulai semalam sehingga hari ini.

– AH

Tinggalkan komen anda