Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

KL Aidilfitri Open House 2017 Jadi Tarikan Pelancong

By 24 Julai 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Norizah Jadid & Amirah Ahmad (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Malaysiaaktif) – Bagi mempromosikan tradisi masyarat Malaysia khususnya dalam menyambut Aidilfitri, sekali lagi ‘KL Aidilfitri Open House 2017’ dianjurkan khas buat pelancong di Kuala Lumpur.

Program anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) buat kali keeempat melalui Biro Pelancongan Kuala Lumpur (BPKL) ini membuktikan kejayaannya untuk menarik pelancong terutama dari luar negara.

Menurut seorang pelancong dari Sepanyol, Laura Tordera, “Ini pertama kali saya merasakan Sambutan Hari Raya yang cukup meriah dan sangat teruja dengan tradisi dan makanan masyarakat di Malaysia”.

“Saya akan membawa kawan-kawan saya bersama datang pada tahun depan,” katanya lagi.

Laura Tordera bersama suami dari Sepanyol.

Laura Tordera bersama suami dari Sepanyol.

Sementara itu, pelancong yang berasal dari Guangzhou, China, Wang Yan pula menyatakan bahawa dia sangat tertarik dengan kemeriahan serta ramah mesra masyarakat Malaysia, selain menggemari makanan tradisi tempatan, terutamanya Sate.

“Saya begitu tertarik dengan keunikan masyarakat Malaysia. Begitu juga dengan pelbagai jenis makanan yang terdapat di sini hari ini dan yang paling saya gemari adalah sate,” ujar Wang Yan dengan nada gembira.

Pelbagai acara turut diadakan sepanjang program berlansung, antaranya persembahan tradisional, permainan tradisional seperti gasing dan demonstrasi tradisional seperti ukiran kayu, seramik dan batik.

Para pelancong tidak melepaskan peluang mengukir inai di tangan.

Para pelancong tidak melepaskan peluang mengukir inai di tangan.

Antara syarikat-syarikat swasta yang sama-sama menjayakan program ini ialah KL Bird Park, ARCH Kuala Lumpur City Gallery, Menara Kuala Lumpur, Elang Wah Sdn Bhd, Felda D’Saji, Federal Hotels International, Ablemen Communicatioons Sdn Bhd, G Tower Hotel, Sunway Putra Mall, Bakar Station, Onde-Onde Restaurant dan Plaza Dataran Merdeka.

Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz.

– AH

Tinggalkan komen anda