Skip to main content
Berita TempatanNegeri Sembilan

Perpaduan Jamin Kedaulatan Negara-Mohamad

By 25 Julai 2017Julai 27th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan: Daniel Jong / Foto: Faizal Abdul Hamid (Seremban)

SEREMBAN, 25 Jul (Malaysiaaktif) –Keamanan dan perpaduan kaum serta sikap toleransi pelbagai kaum dan agama di negara ini merupakan satu keunikan yang tidak wujud dalam kebanyakan negara dunia ketiga kini.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, kejayaan dan keamanan yang dinikmati oleh generasi hari ini ialah hasil pengorbanan insan terdahulu.

Mohamad menyampaikan bendera Jalur Gemilang kepada wakil KRT dan JKKK.

Mohamad menyampaikan bendera Jalur Gemilang kepada wakil KRT dan JKKK.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersyukur kerana hari ini kita dapat duduk bersama di sebuah majlis seperti ini walaupun kita ada berbeza kaum dan agama.”

“Ini menjadi kecemburuan kepada negara lain kerana kemampuan kita untuk kekal bersama di sebuah negara majmuk ini. Kita harus sentiasa bersatu walau apa-apa pun masalah yang melanda negara. Jadikan perpaduan ini sebagai tonggak untuk kita pastikan Malaysia kekal berdaulat”.

Mohamad berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya dan Bulan Kebangsaan 2017 anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman College Height bersama 20 KRT di Sikamat di sini malam tadi.

Tambahnya, menjelang sambutan Bulan Kebangsaan yang akan tiba pada bulan Ogos ini, Mohamad berharap seluruh rakyat Malaysia khususnya penduduk Negeri Sembilan dapat memasang bendera di kediaman dan premis masing-masing untuk menunjukkan rasa cinta kepada negara.

Pada majlis itu juga, Mohamad turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada KRT dan JKKK serta duit raya kepada anak-anak yatim. Orang ramai juga turut dimeriahkan oleh persembahan kebudayaan dari pelbagai kaum.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Ampangan, Datuk Abu Ubaidah Mohd Redza dan Pengarah Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan, Safidah Abu Samah.

-SF

Tinggalkan komen anda