Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

TN50X: Generasi Muda PNB – Merakyatkan Pelaburan, Berkongsi Kemakmuran

By 26 Julai 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Saharuddin Othman & Azri Zainal Abidin (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Malaysiaaktif) – Lebih 500 eksekutif muda Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyatakan aspirasi masa depan mereka pada Sesi Dialog TN50X: Generasi Muda PNB – Merakyatkan Pelaburan, Berkongsi Kemakmuran, di sini hari ini.

Sesi dialog ini memberi peluang kepada peserta menyuarakan harapan mereka untuk masa hadapan berkenaan isu pendidikan, perpaduan pembangunan modal insan dan pelbagai idea-idea jitu dan bernas.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, sehingga kini sebanyak 51,00 aspirasi telah direkodkan secara spesifik.

“Bila saya diminta oleh Perdana Menteri untuk melaksanakan TN50, saya mula berfikir kenapa kita harus melihat jauh ke masa hadapan sedangkan kita perlu berbangga dengan apa yang kita ada pada hari ini.

“Setakat hari ini saya telah mendampingi tidak kurang daripada 1.5 juta belia Malaysia dan kami mendapati, 51,000 aspirasi secara spesifik direkodkan,” katanya.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bersama Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar selaku panel semasa Sesi Dialog TN50X: Generasi Muda PNB – Merakyatkan Pelaburan, Berkongsi Kemakmuran di Menara PNB, Kuala Lumpur.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bersama Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar selaku panel pada Sesi Dialog TN50X: Generasi Muda PNB – Merakyatkan Pelaburan, Berkongsi Kemakmuran di Menara PNB, Kuala Lumpur.

Tambah Khairy, “Apabila saya melihat semula sejarah pembangunan negara, saya mendapati Malaysia adalah sebuah negara yang sentiasa mempunyai satu pandangan pada masa kini dan satu pandangan lagi untuk masa hadapan.”

“Jadi soal TN50 bersifatkan politikal yang kononnya untuk menggantikan Wawasan 2020 dan melenyapkan legasi tersebut, jawapan saya mudah, perkara tersebut adalah tidak benar sama sekali”, katanya lagi.

Jelas Khairy, TN50 adalah satu kesinambungan kepada dasar-dasar kerajaan yang lalu seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada 1971 sehingga 1990 dan Dasar Wawasan 2020 yang diperkenalkan pada 1991 sebagai dasar pembangunan untuk 30 tahun yang akan datang.

“Menjelang 2020 kita telah mencapai status negara maju maka kita tidak boleh berhenti untuk terus berkembang maju.

“TN50 ini merupakan satu pandangan kerajaan terhadap masa hadapan, dan setelah menyedari perkara tersebut, maka kita perlu bersaing dalam mencari aspirasi untuk memberi inspirasi bagi 30 tahun akan datang demi pembangunan negara,” katanya lagi.

Antara peserta yang menghadiri Sesi Dialog TN50X: Generasi Muda PNB – Merakyatkan Pelaburan, Berkongsi Kemakmuran di Menara PNB, Kuala Lumpur.

Antara peserta yang menghadiri Sesi Dialog TN50X: Generasi Muda PNB – Merakyatkan Pelaburan, Berkongsi Kemakmuran di Menara PNB, Kuala Lumpur.

Pada majlis yang sama, Khairy turut memberitahu bahawa pada masa akan datang tempat kerja akan menjadi berbeza sama sekali kerana para pekerja boleh melakukan tugasan mereka di mana-mana dengan lebih efektif dan produktif dan bukan hanya di pejabat.

Turut bersama sebagai ahli panel ialah Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

– AH

Tinggalkan komen anda