Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanKuala LumpurWilayah Persekutuan

Simposium Polemik Sejarah Malaysia Manfaatkan Pengetahuan

By 1 Ogos 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Liputan dan Foto oleh: Khairul Amar Firdaus & Hairidz Fahmi (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Azemi Abdul Aziz semalam menyifatkan penganjuran Simposium Polemik Sejarah Malaysia, di Arkib Negara Malaysia, di sini sebagai salah satu usaha Arkib Negara untuk memanfaatkan pengetahuan sejarah Malaysia dengan bukti kaian dan penyelidikan terkini.

“Ia juga menjamin keupayaan generasi ini untuk menyumbang kepada pembangunan negara malah sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Fokus utama simposium ini adalah bagi memberi peluang kepada sejarahwan dan pakar-pakar berkaitan mengemukakan pandangan berkaitan isu-isu semasa dalam bidang sejarah, arkeologi dan warisan negara,” katanya.

Pakar Rujuk Universiti Malaya, Prof Madya Dr Zulkarnain Abdul Rahman.

Pakar Rujuk Universiti Malaya, Prof Madya Dr Zulkarnain Abdul Rahman.

Tegas Azemi, sejarah warisan negara merupakan wadah dalam mewujudkan rakyat Malaysia yang mempunyai identiti tersendiri, jati diri yang kukuh serta dapat mencetuskan kecintaan kepada negara.

“Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah menggariskannya sebagai teras strategik pemerkasaan sektor pelancongan dan kebudayaan yang berdaya saing , mampan dan inklusif,” tambahnya.

Ucapan perasmian oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Ab Ghaffar A.Tambi,

Ucapan perasmian oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Ab Ghaffar A.Tambi,

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Hj Ab Ghaffar A.Tambi berkata simposium ini merupakan landasan terbaik bagi menjadi medan perbincangan para sejarawan dan masyarakat dalam hal berkaitan sejarah negara.

“Ini merupakan satu tindakan sejajar dengan usaha kerajaan dalam menggalakkan jalinan penglibatan bersama pelbagai jabatan dan agensi serta badan bukan kerajaan sebagai salah satu usaha memperkasakan sejarah negara,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia, Abdul Rahman Mohd Ali dan Pakar Rujuk Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Zulkarnain Abdul Rahman.

– AH

Tinggalkan komen anda