Skip to main content
Berita TempatanNegeri Sembilan

Kibar Jalur Gemilang Suntik Semangat Merdeka

By 1 Ogos 2017Tiada komen3 minit bacaan

Laporan & Foto: Ramasamy Amas

JEMPOL, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – “Program Kembara Kempen Kibar Jalur Gemilang menggalakkan orang ramai dan semua agensi kerajaan di Peringkat Daerah mengibarkan Jalur Gemilang tidak kira di rumah, kenderaan, bangunan kerajaan dan permis perniagaan sepanjang bulan kemerdekaan”.

Demikian kata, Pegawai Daerah Jempol, Zazali Salahuddin semasa Majlis Pelancaran Kembara Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Jempol di Dewan Besar Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol pagi tadi.

Zazali

Zazali

Tambahnya, tema Hari Kebangsaan 2017, Negeraku Sehati Sejiwa memberi makna yang besar kepada semua lapisan masyarakat supaya menghayati erti kemerdekaan yang sebenarnya.

“Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum mengamalkan bahasa, budaya dan agama yang berbeza tetapi hidup dalam keadaan harmoni serta mengekalkan perpaduan yang jitu bagi mempertahankan negara yang tercinta.

“Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) juga perlu memainkan peranan penting untuk meningkatkan semangat patriotisme serta memperkasakan semangat mengibarkan Jalur Gemilang di setiap rumah sempena hari kebangsaan,” jelasnya.

Sebanyak 20 agensi kerajaan dan melibatkan 40 buah kenderaan jabatan menyertai Kembara Merdeka kali ini dan 20 buah motosikal pelajar Kolej Komuniti Daerah Jempol turut serta dalam program kali ini.

Menurut salah seorang peserta Kembara, Nabil Fikri Azman, 20, berkata, dia begitu gembira.

“Syukur kerana dapat menyertai program ini. Ini juga sebagai tanda terima kasih kepada pejuang –pejuang negara yang berjaya mencapai kemerdekaan,” ujarnya.

Sementara itu, Muhammad Ammar Faiz Suhaidi, 19, pula berkata program ini memberi kesedaran kepada golongan belia agar menghayati erti kemerdekaan dan menggalakkan oramai ramai mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Penyerahan Jalur Gemilang

Penyerahan Jalur Gemilang

Pada majlis tersebut Zazali menyerahkan Jalaur Gemilang kepada semua agensi kerajaan dan Pengerusi JKKK di peringkat Daerah Jempol sebagai simbolik pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang.

Zazali turut melancarkan pelepasan Kembara Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Jempol yang menuju ke destinasi seterusnya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perpatih Felda Palong 4 melalui Jalan Keratung menembusi Felda 13, 14, 15 dan 16 dan memberi kesedaran kepada peneroka felda untuk mengibarkan Jalur Gemilang.

Sambutan Konvoi Kembara disambut oleh pelajar pelajar Sekolah Rendah dan Menengah Felda Palong 4 yang mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh semangat.

Konvoi Kembara Kempen Kibar Gemilang disambut oleh ahli Dewan Negara, Datuk Mohamad Salim Shariff , bersama pengetua SMK Perpatih, Shafie Mohd Noor.

Mohd Salim Shariff berucap merasmikan sambutan Konvoi Peringkat Sekolah

Mohd Salim Shariff berucap merasmikan sambutan Konvoi Peringkat Sekolah

Dalam pada itu, Salim berkata program ini mempunyai kebaikan dan kepentingan yang tersendiri.

“Hari kebangsaan merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cintakan negara ini. Sambutan hari kebangsaan hendaklah disambut agar generasi muda yang seperti pelajar yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan mmenghayati hari kemerdekaan.

“Pelajar mesti fokus kepada pendidikan agar menjadi pelajar yang cemerlang serta merealisasikan hasrat kerajaan agar Tranformasi Nasional 2050 (TN50) akan menjadi kenyataan kelak,” ujarnya.

Bagi menyemarakkan sambutan Kembara Merdeka pelbagai acara telah diadakan di peringkat sekolah antaranya deklamasi sajak bertajuk Berjalan di Bumi Merdeka oleh pelajar tingkatan 6, Noor Nadiatul Akmar Roslan sementara Nuramiza Hazmi pula menyanyikan lagu Bahtera Merdeka.

Sambutan di Peringkat Sekolah

Sambutan di Peringkat Sekolah

Bagi guru Sejarah Arbina Abdul Gani, program seumpama ini perlu diadakan setiap tahun supaya memberi pendedahan kepada pelajar tentang sejarah kemerdekaan bukan sahaja dalam teori malah erti kata yang sebenarnya melalui sambutan seperti ini.

Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang merupakan aktiviti tahunan Pejabat Penerangan Daerah Jempol sejak 2012 manakala Kempen Jalur Gemilang pula diadakan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan setiap tahun.

SF

Tinggalkan komen anda