Skip to main content
Berita TempatanSabah

UMS Mahu Industri Akuakultur Setanding Negara Maju

By 6 Ogos 2017Tiada komen3 minit bacaan

Laporan: Fauzrina Bulka / Foto: Azman Jumat (Sabah)

KOTA KINABALU, 6 Ogos (Malaysiaaktif) – Universiti Malaysia Sabah (UMS) inginkan industri akuakultur di negeri ini setanding dengan negara maju hasil daripada peranan, aktiviti dan usaha yang dilakukan menerusi Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB).

“Kita sedang bekerja keras untuk memastikan industri akuakultur di negeri ini memberi pulangan dan membantu meningkatkan ekonomi negeri dan Malaysia melalui projek penyelidikan akuakultur yang sedang dijalankan,” ujar Pengarah IPMB Prof Dr Rossita Shapawi.

Rossita memberitahuUMS bekerja keras membantu meningkatkan ekonomi negeri dan Malaysia.

Rossita memberitahuUMS bekerja keras membantu meningkatkan ekonomi negeri dan Malaysia.

Rossita berkata projek penyelidikan yang dibiayai menerusi Skim Geran Penyelidikan Khusus berjumlah RM5 juta daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) itu membabitkan tujuh komponen dan tujuh kumpulan pelajar daripada fakulti berkaitan.

Tujuh komponen itu ialah penyelidikan kerapu hybrid, proses penetapan kualiti benih, pembenihan timun laut, penyelidikan kupang, kemahiran akuakultur bersepadu, keberkesanan akuakultur terhadap kelestarian alam sekitar, serta pandangan dan adaptasi penduduk pesisir pantai mengenai teknologi akualkultur.

“Penyelidikan bidang akuakultur yang bermula pada 2014 itu telah memasuki tahun keempat dan dijangka siap pada penghujung tahun depan,” katanya selepas menghadiri Bengkel Spesies Nilai Tinggi Akuakultur Ekologi di sini pada Sabtu.

Rossita berkata, pihaknya bertanggungjawab menghasilkan satu laporan penuh untuk dihantar kepada KPT, selain berkongsi hasil penyelidikan melalui seminar kepada masyarakat setempat.

Penyelidik

Penyelidik

“Selain menerbitkan jurnal akademik berkaitan akuakultur, kami turut mengadakan perbincangan bersama kerajaan negeri mengenai hasil kajian yang telah dilakukan,” katanya.

Menurutnya juga, dalam pasang surut industri akualkultur ini dan keghairahan menghasilkan pelbagai jenis ikan, mereka juga sangat mengambil berat tentang impak industri terhadap alam sekitar.

“Kita akan melakukannya secara bertanggungjawab supaya 50 tahun akan datang kita masih dapat menikmati sumber yang sama dan secara keseluruhannya kita menuruti semua disiplin yang perlu.

“Jabatan Perikanan sangat banyak membantu dari segi fasiliti sebab bila kita menghasilkan sesuatu di makmal, kita juga perlu cuba melakukannya di persekitaran yang benar untuk mendapatkan keputusan yang tepat,” ujar Rossita.

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Shahril Yusof berkata UMS telah menentukan bahawa bidang tujahan yang akan dikuasai oleh UMS adalah bidang akuakultur kerana kesesuaiannya di Sabah yang terkenal dengan hasil laut marin.

Shahril ketika merasmikan Bengkel NRGS di UMS

Shahril ketika merasmikan Bengkel NRGS di UMS

“Tujuannya adalah untuk fokus dalam bidang akuakultur dari segi pembibitan dan makanan anak-anak ikan manakala secara koronsif dari segi kesan kepada masyarakat, industri dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya, dengan bantuan geran daripada KPT itu dapat melonjakkan lagi bidang akuakultur dimana UMS adalah yang terkuat dalam bidang ini.

“Jadi selain pengeluaran anak-anak ikan, makanan ikan juga perlu dicipta untuk memantau industri penternakan, jika tidak kita terpaksa import makanan dan ia akan mengekang proses untuk menguasai pasaran,”katanya.

Induk Kerapu Hybrid yang terdapat di Pusat Penternakan.

Induk Kerapu Hybrid yang terdapat di Pusat Penternakan.

Menurut Shahril, UMS juga turut menubuhkan Rakan Akuakultur yang akan pergi ke tempat-tempat untuk memberi latihan tentang bagaimana menjaga pembibitan dan sebagainya.

“Kita tidak mahu lihat kajian yang dibuat berakhir dengan hasil master atau phd tetapi kita hendak lihat sumbangannya kepada masyarakat khususnya di Sabah.

“Ini penting kerana kita ingin lihat akuakuktur ini dapat menstabilkan produksi ikan di dalam negeri dan juga unuk eksport,” ujarnya.

UMS juga mempunyai hubungan yang baik dengan Kindai Aquaculture Development Centre di Jepun dan dalam masa terdekat 30 orang pelajar mereka akan dihantar ke sana selama 10 minggu untuk membuat latihan dan begitu juga sebaliknya sejak 15 tahun lepas.

SF

Tinggalkan komen anda