Skip to main content
Berita SelatanHomeJohor

Konvoi Kembara Menggelorakan Semangat Patriotisme

By 6 Ogos 2017Ogos 8th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan Oleh : Mazlin Basir (Batu Pahat), Krisha A/P Selladurai dan Muhamad Sallehin Ab Malek (Pontian)

Foto Oleh : Lim Sey Ken dan Mohd Najib Mohaini

 

BATU PAHAT, 6 Ogos (Malaysiaaktif) – Enam buah pacuan empat roda dengan 30 buah buah motorsikal berkuasa tinggi menjelajah lebih 257 kilometer (km) melibatkan laluan bermula dari Daerah Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Kluang sempena promosi Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan 2017 Negaraku Sehati Sejiwa.

IMG-20170806-WA0070

Tujuan lebih 50 orang yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), Haji Hashim Haji Bedu ini berkonvoi ialah untuk menjadikan konvoi ini sebagai platform bagi mendampingi masyarakat setempat secara langsung menerusi aktiviti kemasyarakatan seperti pengedaran Jalur Gemilang.

IMG-20170806-WA0095

Ia juga merangkumi aktiviti pemasaran maklumat untuk melahirkan komuniti setempat yang bermaklumat, selain memperkukuhkan ikatan silaturrahim antara pemimpin dan agensi-agensi kerajaan dengan komuniti setempat.

IMG-20170806-WA0025

“Semangat untuk mengibarkan jalur gemilang semakin hari semakin luntur dalam jiwa rakyat Malaysia. Adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa tempatan dalam memastikan Jalur Gemilang di daerah Batu Pahat ini terus berkibar dengan lebih hebat,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Rengit, Ayub Jamil, sebelum “flag off” konvoi itu pagi tadi.

IMG-20170806-WA0071

Menurut seorang pengunjung yang juga Pengerusi Komuniti 1Malaysia Mukim Bagan, Hj Mohamed Yusof bin Abu Bakar, program ini diharap dapat melahirkan komuniti yang bermaklumat di samping dapat mengukuhkan ikatan silaturrahim antara pemimpin dan agensi-agensi kerajaan dengan masyarakat setempat. Tambahnya lagi, semangat patriotisme dan cinta akan Negara juga boleh dipupuk khususnya dalam kalangan peminat motosikal berkuasa tinggi.

IMG-20170806-WA0040

Semasa di Pontian, ahli-ahli konvoi mengedarkan Jalur gemilang di sekitar Terminal Pengangkutan Awam, Pontian kepada pemandu – pemandu teksi dan juga permis- permis dan kedai- kedai yang berdekatan. Orang ramai turut diberikan jalur gemilang secara percuma.

Menurut seorang pengunjung, Hisham Mazlan program seperti ini dapat melahirkan semangat sehati sejiwa dan meningkatkan gelora patriotik terhadap negara dalam kalangan rakyat.

Konvoi ini seterusnya ke ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kelapa Sawit, Kulai. Mereka disambut lebih 1,000 pelajar dan guru sekolah ini.

IMG-20170806-WA0072

Konvoi dimeriahkan dengan sambutan barisan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mengenakan pakaian bercirikan Jalur Gemilang.

Selain itu, para pelajar dan guru bersama-sama peserta konvoi menyanyikan lagu bercirikan patriotik dan mendeklamasikan sajak.
Aktiviti yang dijalankan sempena Pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa itu turut dihadiri oleh Pengarah Penerangan Negeri Johor, Zainudin Hj Ismail, dan Ketua Kelab Motorsikal ST1300 MMC Malaysia, Datuk Borhanuldin Ambok Antak.

Tinggalkan komen anda