Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeJohorPutrajayaViralWilayah Persekutuan

[VIDEO] Pelancaran Pejabat Penerangan Batu Pahat Permudah Urusan Orang Awam

By 8 Ogos 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan Foto oleh: Muhammad Rizal Redzuan (Putrajaya)

BATU PAHAT, 8 OGOS (Malaysiaaktif) – Bagi memudahkan urusan orang ramai, Pejabat Penerangan Daerah Batu Pahat telah dilancarkan di sini, hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dalam ucapan perasmiannya berkata, pelancaran bangunan baharu ini akan menjadi penanda aras untuk diperluaskan ke wilayah-wilayah lain.

Menurut Salleh, dengan adanya bangunan yang selesa ini diharapkan produktiviti dan mutu penyampaian perkhidmatan awam kepada komuniti di daerah ini dapat dipertingkatkan.

Tambahnya, setelah 60 tahun merdeka dan beberapa kali berpindah, akhirnya Jabatan Penerangan Batu Pahat berjaya memperoleh bangunan sendiri yang tersergam indah pada hari ini.

WhatsApp Image 2017-08-08 at 7.05.11 PM

Dalam pada itu, Salleh berkata dengan ledakan maklumat yang tidak sahih di media sosial, adalah menjadi tanggungjawab Jabatan Penerangan untuk menyampaikan maklumat sahih yang senang dan mudah difahami bagi membetulkan maklumat auta melalui fakta.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (Penerangan Strategik), Datuk Mohd Sukari Abdul Hamid memaklumkan bahawa Pejabat Penerangan Daerah Batu Pahat telah mengalami beberapa perpindahan dan menyewa beberapa premis sekitar bandar Batu Pahat sebelum ini.

WhatsApp Image 2017-08-08 at 7.05.16 PM

Bagi Pembantu Penerangan, Jofri Ahmad Sulaiman yang telah berkhidmat dengan jabatan ini sejak 1982, ruang kerja baharu yang selesa ini sedikit sebanyak meningkatkan semangatnya untuk menggandakan lagi usaha pemasaran maklumat kepada rakyat, khususnya masyarakat di Batu Pahat.

Pejabat Penerangan ini turut dilengkapi dengan Pusat Maklumat Rakyat yang menyediakan komputer dan talian internet untuk kegunaan masyarakat secara percuma.

– AH

Tinggalkan komen anda