Aplikasi ‘Verify Halal’ Diperluas Ke India Dan Afrika Selatan

verhalkal

 

 Liputan dan Foto Oleh: Zaharah Ismail dan Sharifah Hazwani Syed Mahusin (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Malaysiaaktif) – “Kepentingan pengesahan halal terhadap sesuatu produk makanan adalah perkara yang perlu diambil berat bukan sahaja kepada masyarakat Muslim di Malaysia malah ia sudah diperluaskan ke peringkat dunia.”

Timbalan Menteri Pertanian, Industri Asas Tani, Datuk Nogeh Gumbek berkata demikian pada Majlis Perasmian Aplikasi ‘Verify Halal’ versi iOS di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

“Industri produk halal telah mendapat perhatian tinggi di peringkat antarabangsa dan pengaruh media sosial juga telah meningkatkan kesedaran para pengguna untuk membeli dan menggunakan produk yang telah mendapat pengesahan halal,” katanya.

Menurut Nogeh, kerjasama antara Serunai Commerce dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam mewujudkan aplikasi ‘Verify Halal’ ini haruslah diberi pujian kerana amat mesra pengguna sehingga diperluaskan untuk kemudahan pengguna di negara India dan Afrika Selatan.

“‘Verify Halal’ ini adalah platform pertama JAKIM yang membolehkan pengguna dan pembekal mendapat pengesahan status halal sesuatu produk dengan hanya mengesan barkod melalui telefon pintar.

“Aplikasi yang dibangunkan oleh Serunai Commerce ini juga turut bekerjasama dengan Pusat Maklumat Halal Malaysia,” katanya lagi.

Antara yang terlibat dalam program ini, dari kiri Amr Abdel Halim, Wakil Kedutaan Mesir, Othman Derhem Al-Ahmar, Wakil Kedutaan Republik Yaman dan Khalid S.Halawani, Wakil dari Arab Saudi.

Antara yang terlibat dalam program ini, dari kiri Wakil Kedutaan Mesir, Amr Abdel Halim; Wakil Kedutaan Republik Yaman, Othman Derhem Al-Ahmar dan Wakil dari Arab Saudi, Khalid S.Halawani.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Bahagian Hub Halal JAKIM, Mohd Safizan Mukhtar memberitahu bahawa Malaysia telah berusaha untuk mengembangkan industri halal ini kepada pengguna Muslim dan juga masyarakat dunia selama lebih 50 tahun.

“Malaysia menjadi negara pengasas yang telah berjaya untuk menyatupadukan masyarakat dunia yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa melalui makanan,” katanya.

Aplikasi ‘Verify Halal’ boleh dimuat turun dari Google Play Store dan Apple App Store.

Satu dari 550 syarikat yang mengambil bahagian dalam Malaysia International food and beverage trade fair pada kali ini.

Satu dari 550 syarikat yang mengambil bahagian dalam Malaysia International food and beverage trade fair pada kali ini.

Pada majlis yang sama, Majlis Perasmian Malaysian International Food and Baverage Trade Fair (MIFB) kali ke-18 yang berlangsung dari 9 hingga 11 Ogos di PWTC turut diadakan.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Serunai Commerce Sdn. Bhd., Amnah Shaari dan Pengerusi Sphere Exhibits Pte. Limited, Chua Wee Phong.

– AH/AAS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...