Muzik Video ‘Aku Negaraku Sedunia’ Dilancarkan

WhatsApp Image 2017-08-10 at 5.46.57 PM

 

 Laporan & Foto oleh: Mohd Shahfuri Saidan & Abdul Raof Othman (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Yayasan Persahabatan Malaysia (PERMAI) hari ini melancarkan Muzik Video “Aku Negaraku Sedunia” sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017.

Ketika berucap di majlis perasmian,

Timbalan Menteri KKMM, Datuk Jailani Johari berkata dalam ucapan perasmiannya berkata ‘Aku Negaraku Sedunia’ merupakan sebuah kempen patriotik yang telah dibuka penyertaan kepada semua rakyat Malaysia di dalam dan luar negara bagi sama-sama menyanyikan lagu patriotik ini.

“Objektif kempen ini dianjurkan untuk memupuk semangat perpaduan, cintakan negara dan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia bersempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2017,” katanya.

Jelasnya, kempen ini yang dibuka mulai Julai lalu, telah menerima sebanyak 130 penyertaan yang terdiri daripada pelbagai bangsa, peringkat umur dan lapisan masyarakat.

“Semua video penyertaan ini digabungkan menjadi sebuah muzik video dan akan ditayangkan pada bulan Ogos hingga September 2017 di media tempatan dan media sosial,” katanya lagi.

Tambah Jailani, muzik video turut menampilkan personaliti-personaliti Malaysia seperti Sherry Ibrahim, Harris Aliff dan Wan Omar.

Turut hadir, Pengerusi Yayasan Persahabatan Malaysia, Tan Sri Annuar Musa; Timbalan Ketua Pengarah Operasi Balai Seni Negaraku, Amerrudin Ahmad dan Ketua Pegawai Operasi Yayasan Persahabatan Malaysia, Afiq Amani Annuar.

– AH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...