Skip to main content
Berita TempatanSabah

Rakyat, Tentera Berpisah Tiada

By 13 Ogos 2017Ogos 23rd, 2017Tiada komen4 minit bacaan

Laporan: Asmidar Zainol / Foto: Jeffren Malaning (Sabah)

KOTA KINABALU, 13 Ogos (Malaysiaaktif) – “Tentera tidak boleh terus bertahan tanpa orang awam, dan begitu juga orang awam tidak mampu terus bertahan tanpa tentera”.

Demikian pesan Kapten Suhaili Mahasan, 31, sewaktu ditemui oleh pemberita semasa di Majlis Pengaugerahan Battle Honour “DAULAT” Februari 2013” di sini pada Jumaat.

IMG_7025

Kapten Suhaili Mahasan.

“Sebagai salah seorang rakyat Malaysia juga pada bulan kemerdekaan ini kita semua tidak kira orang awam atau tentera, masing-masing ada tugas dan tanggungjawab dalam menjaga kedaulatan negara.

“Tentera dan orang awam perlu menyokong antara satu sama lain kerana kedua-dua pihak ada peranan yang penting untuk menjaga kedaulatan negara kita,” katanya.

Anak Kelantan dari Kampung Alor Pasir ini telah berkhidmat sejak sembilan tahun lepas kini bertugas di Jabatan Arah Armor merupakan salah seorang perajurit yang bersama-sama mempertahankan negara semasa insiden pencerobohan di Lahad Datu pada 2013.

“Ketika insiden tersebut berlaku, saya berada di Renjimen ke-4, Kor Armor DiRaja, Kuching Sarawak. Kor ini ditugaskan sebagai pasukan pengiring membawa masuk pasukan-pasukan keselamatan ke tempat kejadian kerana kor kami mempunyai kereta perisai.

“Sebanyak lapan kereta perisai jenis Condor telah dibawa daripada Kuching Sarawak menggunakan pesawat Charlie untuk operasi tersebut.

“Perasaan semasa ditugaskan memang cemas kerana saya belum pernah terlibat dengan misi sebegini di samping tanggungjawab yang diletakkan di bahu kami untuk mempertahankan negara sendiri.

“Tipu kalau saya katakan saya tidak takut langsung, malah sesiapa juga akan rasa takut kami perlu atasi kerana kami semua tahu di belakang kami ada rakyat Malaysia yang mengharapkan kami.

“Walaupun sebelum ini ada kata-kata yang kita dengar tentera tidak buat apa, tentera makan tidur sahaja jadi kami perlu buktikan yang kami boleh diharap dan boleh dipercayai.

“Perasaan cemas dan takut bertukar menjadi semangat yang berkobar-kobar untuk mempertahankan negara daripada ancaman luar kerana kami telah berlatih dan mempersiapkan diri untuk menghadapi situasi seperti ini,” ujarnya.

Suhaili turut melahirkan rasa penghargaan atas pengiktirafan pihak ATM menganugerahkan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepadanya.

Panji-panji setiap rejimen diarak masuk.

Panji-panji setiap rejimen diarak masuk.

“Perasaan saya tentulah bangga kerana pengiktirafan diberikan kepada semua yang terlibat dalam operasi berkenaan dan insya-Allah kami akan terus lebih bersemangat selepas ini.

“Sekiranya terdapat lagi ancaman-ancaman luar yang ingin mengganggu gugat ancaman negara kita Malaysia ini, saya akan kembali ke barisan hadapan, tanpa ragu-ragu,” katanya bersemangat kepada pemberita.

Sementara itu Leftenan Mohd Azuan Abdullah, 31, yang bertugas di Markas Pemerintahan di Amarda Timur, Teluk Sepanggar turut berkongsi pengalaman bertugas untuk operasi berkenaan.

“Semasa OPS Daulat saya bertugas sebagai pegawai nagivasi yang mengatur kapal-kapal di kawasan-kawaasan yang telah diarahkan bagi mengekang sebarang kemasukkan musuh ke negara kita.

“Cabaran yang paling utama ketika itu ialah laut yang luas dan jarak geografi kita iaitu Sabah yang dekat dengan negara jiran,” jelasnya.

Walaupun begitu, Azuwan berkata, sepanjang rondaan di perairan, pihaknya tidak menjumpai musuh tetapi anasir-anasir pencerobohan PATI biasa ada berlaku yang mungkin juga disebabkan pelaksanaan “cordon area”. Kapal-kapal telah diletakkan di posisi-posisi bahagian tertentu.

Menurut Azuwan, membawa amanat negara dan bangsa untuk mempertahankan negara menjadikan mereka kuat, bersemangat untuk meneruskan perjuangan untuk memperahankan negara.

Azuwan melahirkan rasa bangga kerana perkhidmatannya dan negara menghargai jasa-jasa mereka yang bertugas terutamanya warga Tentera Laut DiRaja Malaysia (TUDM) di OPS DAULAT 2013.

“Dengan penerimaan pingat memberi sokongan moral kepada kami sebagai penerima dan mungkin juga kepada semua warga ATM dan TLDM khasnya yang telah memberi sumbangan kepada tanah air kita,” katanya.

Sementara itu, Brigedier Jeneral Datuk Dr Md Zaki Md Zain yang telah berkhidmat 37 tahun dalam Angkatan Tentera Udara Malaysia berkata pengaugerahan pingat Kedaulatan Negara (PKN) yang diterima amat bermakna kepada dirinya dan juga anggota TUDM.

“Penghargaan ini sangat bermakna,  bukan sahaja kepada diri saya tetapi juga kepada semua warga ATM khasnya anggota dalam TUDM kerana segala khidmat bakti kami diiktiraf dan menjadi satu perkara yang bermakna semasa mempertahankan kedaulatan negara.

Hishammuddin (kiri) berbual mesra bersama peserta-peserta pantomin.

Hishammuddin (kiri) berbual mesra bersama peserta-peserta pantomin.

“Sebagai anggota tentera, sokongan daripada masyarakat amat diperlukan kerana khidmat yang kami jalankan ini adalah untuk menjaga sepadan benteng pertahanan negara yang biasanya tidak begitu ketara pada pandangan masyarakat umum tetapi percayalah semua anggota ATM sentiasa gigih dan berdedikasi untuk menjalankan tugas menjaga kedaulatan negara,” katanya.

Anak Alor Setar, Kedah yang akan bersara tiga tahun lagi ini turut menambah, kepakaran dan kemahirannya semasa menyertai pelbagai operasi antaranya ancaman komunis digunakan untuk menentukan pelaksanaan tugas agar dapat dijalankan dengan baik dan menentukan keselamatan semua terjamin.

Mereka ini adalah antara 61 penerima Pingat Kedaulatan Negara (PKN) daripada Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein atas penglibatan dalam operasi Daulat di Tanduo.

Selain itu, penghormatan Battle Honour turut diberikan kepada panji-panji tiga kontijen iaitu 12 pasukan dari Tentera Darat Malaysia, tiga pasukan TLDM dan sembilan pasukan daripada TUDM.

Terdahulu, Hishammuddin menyaksikan Perbarisan Pengaugerahan Battle Honour “Daulat FEB 2013” berkonsepkan gabungan Istiadat dan Tempur melibatkan 2000 pegawai dan anggota ATM yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Leftenan Kolonel Azmi Ali.

Pentomin yang mengisahkan pentempuran yang telah berlaku di Kampung Tanduo, tanjung Labian dan Tanjung Batu turut dipersembahkan melibatkan 87 peserta dan diketuai oleh Kolonel Adi Ridzwan Abdullah.

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

SF

Tinggalkan komen anda