Skip to main content
Berita SelatanHomeNegeri Sembilan

Melaka Johan Pertandingan Pidato Negaraku 2017

By 13 Ogos 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan Foto Oleh Muhammad Rizal Redzuan

PORT DICKSON, 13 Ogos (Malaysiaaktif) – Pertandingan Akhir Pidato Negaraku Peringkat Kebangsaan 2017 di Dewan Wawasan, Politeknik Port Dickson hari ini telah menyaksikan lima orang peserta menunjukkan kehebatan masing-masing bagi merebut gelaran johan.

Tempat pertama dimenangi oleh peserta Melaka, Tay Yih Yih, manakala di tempat kedua wakil Sabah, Fatin Daratul Ain Sari@Asri, dan Mohd Fikri Mohd Jumat, wakil Negeri Sembilan di tempat ketiga.

Menurut Tay, pertandingan yang menghimpunkan peserta pelbagai kaum dari seluruh Malaysia ini memberikan peluang untuk mendapatkan bantuan dan pengisian mantap bagi membantunya hingga muncul sebagai johan.

20170813_1241081

Seterusnya, anak kelahiran Papar, Sabah yang mewakili negeri Melaka ini berharap Jabatan Penerangan Malaysia membawanya ke acara-acara yang membabitkan remaja dan belia supaya mesej pidatonya dapat dihayati mereka.

Sementara itu, walaupun kecundang, wakil negeri Sarawak, Tini anak Numpang, 41, terus menunjukkan tahap semangat kenegaraan yang tinggi .

Beliau menyokong premis bahawa pertandingan seperti ini dapat menyuburkan rasa cinta kepada negara.

Baginya, apabila fakta-fakta mengenai kejayaan, kehebatan pemimpin dan liku-liku serta cabaran ke arah mencapai keharmonian negara dibentangkan kepada umum ia mampu menyedarkan masyarakatbetapa bertuahnya mereka menjadi rakyat Malaysia.

20170813_124330

Pertandingan bertemakan “Negaraku Sehati Sejiwa” yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari itu turut dihadiri Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Dalam ucapannya, Jailani berkata, di sebalik kehebatan dunia Internet tanpa sempadan ini, rakyat berdepan dengan cabaran media sosial yang menjadi platform utama dan paling mudah dalam mempengaruhi pemikiran.

Beliau memberikan contoh nyata di mana rakyat lebih mudah mempercayai maklumat yang dipaparkan dalam media sosial tanpa menyelidik kesahihannya terlebih dahulu.

Oleh itu, Johari berkata mereka yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk meracuni pemikiran dengan maklumat palsu bagi tujuan melaga-lagakan rakyat berbilang agama dan bangsa dan seterusnya memburukkan negara serta barisan kepimpinan negara.

20170813_1249590

Majlis pelepasan Konvoi Kembara Negaraku melibatkan sebanyak 79 buah kenderaan menyusul selepas pertandingan pidato.

Peringkat separuh akhir pertandingan berlangsung semalam melibatkan 15 lima belas orang peserta dari seluruh negara.

Lima yang berjaya dalam pusingan tersebut ialah Abdul Manaf Hassan dari negeri Perlis, wakil Sabah, Fatin Daratul Ain Sari@Asri, Nur Iman Najlaa Mohd Fadzli yang mewakili negeri Selangor, Tay Yih Yih mewakili Melaka, dan Mohd Fikri Mohd Jumat dari Negeri Sembilan.

Johan pertandingan akhir pada kali ini menerima hadiah wang tunai bernilai RM3,000, piala pusingan,  piala iringan  dan  sijil penyertaan, tempat kedua pula menerima hadiah wang tunai bernilai RM 2,000,  piala iringan dan sijil penyertaan, manakala tempat ketiga menerima hadiah wang tunai bernilai RM3,000,  piala  iringan  dan  sijil penyertaan.

Seramai 12 orang peserta lain masing-masing menerima wang tunai RM500, dan sijil penyertaan.

Acara disusuli dengan pelepasan Konvoi Kembara Negaraku yang melibatkan 79 buah kenderaan.

 

-MRR/AAS

Tinggalkan komen anda