Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

40 Replika Dinosaur Berkampung Di Kuala Lumpur

By 14 Ogos 2017Ogos 16th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Anwar Aizuddin Abdul Wahab & Elyas Hisyam Mat Zin (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Malaysiaaktif) – Sebanyak 40 replika dinosaur animatronik berukuran sebenar telah ‘berkampung’ di Lanai Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) sejak sebulan lalu bagi menunggu pelancong tempatan dan luar negara.

Menurut Pengarah Creative Alliance, Adam Yong Abdullah, semenjak pembukaan pameran ini pada 14 Julai lalu, mereka menerima sambutan yang menggalakkan terutamanya pada hujung minggu.

“Kerjasama antara Creative Alliance dan Showtime Attractions, peneraju majlis dan hiburan terunggul di Australia yang diasaskan oleh Keith Brown, insan yang berpengalaman luas dan pernah bekerjasama dengan beberapa nama besar dalam industri perfileman seperti Dreamworks, 20th Century Fox, Warner Bros dan Universal Studio telah menghidupkan lagi haiwan purba ini kerana setiap haiwan ini telah direka dan dibuat dengan hasil tangan,” jelasnya.

Guru Tadika Generasi Inspirasi, Norsibah Ismail, bersama murid-muridnya.

Guru Tadika Generasi Inspirasi, Norsibah Ismail, bersama murid-muridnya.

Sementara itu, guru Tadika Generasi Inspirasi, Norsibah Ismail berasa bertuah kerana mendapat jemputan khas daripada pihak penganjur untuk turut sama merasai pengalaman berhadapan dengan haiwan purba ini.

“Antara aktiviti yang paling menarik bagi saya bersama murid-murid adalah pengalaman mengetuk fosil buatan telur dinosaur sambil berpakaian seperti saintis,” ujar Norsibah yang hadir bersama 80 anak muridnya.

Malaysia merupakan negara pertama di Asia yang telah dipilih untuk Pameran ‘Dinosaurs Alive KL’ ini.

Antara aktiviti menarik yang disediakan adalah aktiviti mewarna, slot tayangan gambar dan aktiviti memecah telur fosil buatan.

Aktiviti memecah telur fosil buatan.

Aktiviti memecah telur fosil buatan.

Pameran yang diadakan selama enam bulan ini dibuka pada setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Dr. Loga Bala Mohan; Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab dan Ketua Pegawai Operasi RICOH Malaysia, Alice Lee.

– AH

Tinggalkan komen anda