Skip to main content
Berita TempatanSabah

Borneo Championship Uji Minda Guna Kiub Rubik

By 14 Ogos 2017Tiada komen3 minit bacaan

Laporan: Fauzrina Bulka / Foto: Azman Jumat (Sabah)

KOTA KINABALU, 14 Ogos (Malaysiaaktif) – Kelincahan jari-jemari serta fokus dengan perkara yang dilakukan menjadikan Muhammad Hariz Azizan, 21, memenangi permainan kiub untuk dua kategori iaitu 3×3 dan 4x4x4 dalam Pertandingan Borneo Championship pada sabtu.

“Saya tidak gemar bermain permainan video dan lebih sukakan Kiub Rubik kerana bagi saya sangat menguji minda ditambah lagi dengan saiz yang pelbagai bermula dengan 3×3 sehingga 17×17. Setiap saiz cabarannya pula berlainan,” katanya.

Tambahnya, kepuasan bermain apabila dapat menyelesaikan sesuatu kiub dengan usaha sendiri walaupun sangat sukar kerana otak akan sentiasa berfikir untuk mencari jalan penyelesaian.

“Lagi satu yang saya suka ialah aktiviti ini dapat membaiki kaedah berfikir secara logik dan mempengaruhi pelajaran saya dalam Fizik dan Lukisan Kejuruteraan.

IMG_7165

Haris bersama hadiah yang dimenanginya semasa pertandingan tersebut.

“Saya dengan mudah dapat membayangkan dimensi, seperti kiub rubik apabila saya sudah biasa dengan pusingan, jadi imaginasi saya terhadap sesuatu objek itu lebih kuat ,” ujarnya yang memegang rekod nombor dua di Asia Tenggara dan dan nombor 11 di Asia.

Lebih membanggakan, anak Melayu ini juga mempunyai kedudukan yang kukuh dan merupakan yang pertama di Malaysia membuat rekod bawah sembilan saat, lapan saat dan tujuh saat dalam menyelesaikan masalah rubik.

Hariz yang berasal dari Gombak, Selangor merupakan pemegang rekod negara sebanyak enam kali sebelum ini iaitu 6.55 saat single dan 7.91 saat secara purata yang dicatatnya dalam Pertandingan World Championship Paris pada Julai lepas.

Lebih manis apabila Hariz memilih untuk memakai pakaian kebangsaan ketika mengikuti pertandingan tersebut menggambarkan sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia untuk dia lebih bersemangat di negara luar.

Hariz juga bersedia jika ada pihak yang sudi menjemputnya untuk mengajar perkara asas bermain kiub rubik agar lebih ramai anal muda yang berkecimpung dalam sukan ini.

Pertandingan Borneo Cahmpionship 2017 anjuran Persatuan Ibu Bapa dan pelajar kelas Rancangan Khas SMK SANZAC itu dirasmikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Edward Young Oui Fah yang berlangsung di Auditorium UCSF, Jalan Sanzac, di sini.

Aines menyelesaikan Kuib Rubik pada pertandingan akhir kejohanan tersebut.

Aines menyelesaikan Kuib Rubik pada pertandingan akhir kejohanan tersebut.

Menurutnya, semakin banyak sekolah yang menggunakan permainan geometri di dalam kelas mereka untuk menyelesaikan geometri, algebra, pelajaran matematik dan banyak lagi.

“Memusing dan memutar bahagian kiub rubik dapat membantu kanak-kanak semua peringkat umur untuk memahami konsep Matematik termasuk kawasan, perimeter, jilid, sudut, algoritma dan penghitungan.

“Sesetengah guru juga menggunakan Kiub Rubik untuk mengajar mata pelajaran berkaitan kehidupan dan kemahiran abad ke-21 seperti fokus, hafalan, penjujukan, penyelesaian masalah, pemikiran kritikal, dan ketekunan,”ujarnya.

Menurutnya, kebanyakan kajian menunjukkan bahawa pelajar mula melakukan sesuatu dengan lebih baik ketika bersaing antara satu sama lain. Persaingan yang sihat meningkatkan bakat, kemahiran dan menanamkan semangat bersukan, kerja berpasukan dan kerjasama.

“Kemenangan sebenar dalam persaingan ialah merasa puas setelah mengetahui bahawa anda telah melakukan yang terbaik dan keputusan yang terbaik.

“Setiap peserta di sini ialah pemenang tanpa mengira apa-apa keputusan yang diperoleh. Jadi bersikap positif dan menjadi pesaing yang baik kerana tidak ada kehidupan tanpa sukan dan tidak ada sukan tanpa persaingan,” katanya.

Seramai 95 orang peserta menyertai pertandingan tersebut, 75 daripadanya merupakan peserta dari Sabah.

SF

Tinggalkan komen anda