Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Tujuh Juta Ringgit Untuk Pembangunan Pasir Puteh

By 14 Ogos 2017Ogos 16th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Nur Shafira Mat Hussin /Ruslan Abd Rahman (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH, 14 Ogos (Malaysiaaktif) – Sebanyak RM7 juta diperuntukan oleh kerajaan persekutuan menerusi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi pembangunan prasarana untuk kemudahan rakyat di Pasir Puteh bagi tahun ini.

Pada tahun lalu, KPKT menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan telah menyalurkan peruntukkan berjumlah RM4.2 juta untuk sebelas projek termasuk Projek Pembangunan (menaiktaraf) Jalan Pasir Puteh – Gong Kulim – Tok Bali yang telah memberikan manfaat kepada orang ramai dan penduduk di Pasir Puteh khususnya.

Kahadi (dua dari kanan) semasa menandatangani dokumen penyerahan astaka.

Kahadi (dua dari kanan) semasa menandatangani dokumen penyerahan astaka.

Timbalan Pengarah (Teknikal) Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Kahadi Hassan menjelaskan tuduhan bahawa kerajaan persekutuan menganaktirikan negeri Kelantan adalah tidak benar.

“Ini kerana bagi tahun 2017 di daerah Pasir Puteh, antara projek utama yang dilaksanakan adalah menaiktaraf Padang Awam dan Astaka, pembinaan Arena Square Pasir Puteh serta Pasar Awam Selising.

“Dengan menaik taraf padang dan astaka, selepas ini orang awam dapat bersukan, beriadah dan mengadakan pelbagai aktiviti dikawasan ini,” ucapnya ketika merasmikan Majlis Penyerahan Padang Awam dan Astaka Majlis Daerah Pasir Puteh, di sini siang tadi.

Seorang penjawat awam, Muhammad Arif Kadir, 30, menyatakan harapan beliau agar padang dan astaka baharu ini dapat di gunakan dengan baik dan terjaga supaya manfaat kemudahan ini dapat digunakan oleh semua orang.

Turut hadir di dalam majlis tersebut Ketua Jajahan Pasir Puteh merangkap Pengerusi Majlis Daerah Pasir Puteh, Mohd Anis Hussein, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad serta Ahli Dewan Undangan Negeri Semerak, Datuk Zawawi Othman.

– SH

Tinggalkan komen anda