Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPutrajayaTerengganuWilayah Persekutuan

Konvoi Buat Sambutan Merdeka SMK Intan Zaharah Paling Meriah

By 16 Ogos 2017September 7th, 2017Tiada komen3 minit bacaan

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa / Foto Farhan Abdullah

DUNGUN, 16 Ogos (Malaysiaaktif) – Memasuki ruang legar SMK Tengku Intan Zaharah, kelihatan kelibat pelajar-pelajar tanpa mengira bangsa dan agama yang beratur kemas memakai pakaian tradisional dan badan beruniform sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Wajah masing-masing tersenyum riang tatkala menyambut kedatangan Konvoi Kembara Merdeka Negaraku (KMN) peringkat Dungun di sekolah mereka tengah hari tadi.

Pelajar SMK Tengku Intan Zaharah menyambut kedatangan Konvoi KMN 2017

Pelajar SMK Tengku Intan Zaharah menyambut kedatangan Konvoi KMN 2017. Foto: Irwan Shah

Bagi pelajar tingkatan empat, Lili Haslini Bakar dan Ain Afiqah Ahmad Anuar yang sedang membuat rakaman aktiviti kemerdekaan untuk produksi IZ TV sekolah mereka memberitahu sambutan pada kali ini paling meriah.

“Ini kali pertama, sekolah kami menerima kehadiran konvoi sebegini. Rasa teruja dengan kehadiran motosikal berkuasa tinggi yang turut sama mengibarkan Jalur Gemilang.

Produksi IZ TV ketika membuat rakaman

Produksi IZ TV ketika membuat rakaman

“Produksi kami pada hari ini membuat rakaman berkaitan acara pelancaran kemerdekaan peringkat sekolah. Lebih menarik apabila pasukan konvoi memilih sekolah kami sebagai destinasi kesembilan mereka,” jelas mereka lagi.

Dalam pada itu, pelajar prauniversiti (senior), Noorfarahin Mohd Aliff Choo, 19,
kemeriahan sambutan kemerdekaan dirasainya sejak pagi tadi.

“Sebelah pagi ada buat gimik hari kemerdekaan. Ada gimik lakonan perang, kepahlawanan dan persembahan koir. Tengah hari ni pula sambut konvoi. Ini kiranya kali pertama kami menerima konvoi sebegini.

“Saya harap kalau boleh Jalur Gemilang jangan kibar pada bulan merdeka sahaja. Kita semua tak kira bangsa patut lebih menghargai keharmonian yang ada di Malaysia.

Anak kacukan Melayu dan Cina, Farahin

Anak kacukan Melayu dan Cina, Farahin

Norfarahin yang merupakan kacukan Melayu dan Cina itu menyifatkan kepelbagaian kaum yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik.

“Saya sendiri sambut raya Melayu dan raya Cina oleh sebab ayah saya berbangsa Cina
Keluarga sebelah ayah semua pun makan masakan Melayu begitu juga dengan belah ibu.

“Jika kami nak makan makanan Cina, ayah akan bawa ke kedai Cina Muslim. Setiap kali beraya, satu keluarga besar kami akan memang berkumpul,” ujarnya.

IMG_7369

Syawal, wakil pelajar SMK Tengku Intan Zaharah

Dalam pada itu, Ketua Majlis Perwakilan Pelajar Muhammad Syawaluddin Faez Shaharuddin menjelaskan pihak sekolah telah merancang sambutan ini sejak awal dengan melibatkan semua pelajar.

“Seramai lebih 900 pelajar bermula tingkatan satu hingga prauniversiti (senior), terlibat dalam aktiviti hari ini.

“Walaupun ada kaum Cina dan India untuk pelajar prauniversiti, hubungan kami seperti adik-beradik. Tiada pertelingkahan dan senang untuk bekerjasama.

“Program hari ini istimewa kerana ada kedatangan peserta konvoi KMN 2017.

Mural Negaraku Sehati Sejiwa yang merupakan karya baharu SMK Tengku Intan Zaharah

Mural Negaraku Sehati Sejiwa yang merupakan karya baharu SMK Tengku Intan Zaharah

“Pada saya memandangkan saya menjadi salah seorang tokoh di sekolah, sambutan pada kali ini menjadi impak yang positif dan menjadi satu kenangan buat tahun akhir saya di sekolah,” jelas Syawal yang bangga dengan ciptaan pengangkutan moden MRT (Mass Rapid Transit, Menara Berkembar KLCC (Kuala Lumpur City Centre) dan banyak lagi.

Pada majlis itu juga, lukisan mural Negaraku Sehati Sejiwa hasil karya pelajar SMK Tengku Intan Zaharah turut dilancarkan oleh Pegawai Pembangunan Dungun, Datuk Din Adam.

AAS

Tinggalkan komen anda