Skip to main content
Berita TempatanTerengganu

Liuk Lentok Peranakan Cina Terengganu Curi Tumpuan

By 16 Ogos 2017Ogos 23rd, 2017Tiada komen2 minit bacaan

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa / Foto Irwan Shah

KUALA TERENGGANU, 16 Ogos (Malaysiaaktif) – Dengan kebaya nyonya yang berwarna-warni berserta gerakan liuk lentok penari Peranakan Cina Terengganu menari lagu “Beautiful Terengganu I Love You” dan Can Mali Can mencuri tumpuan 107 peserta konvoi Kembara Merdeka Negaraku (KMN) 2017 yang tiba di Dataran Kampung Cina petang tadi.

Menurut Ng Phei Jin, 28, Chong Chin Po, 47 dan Koh Lay In, 42 yang ditemui kumpulan mereka dikenali sebagai “Kai Suen” yang bermaksud kepulangan berjaya telah ditubuhkan sejak tiga tahun yang lalu.

Kebaya Nyonya atau potong kot yang digayakan ole Koh Lay In (kiri), Phei Jin (tengah) dan Chong Chin Po (kanan)

Kebaya Nyonya atau potong kot yang digayakan ole Koh Lay In (kiri), Phei Jin (tengah) dan Chong Chin Po (kanan)

“Kami membuat persembahan menari lagu-lagu tradisional. Biasanya kami bawa lagu Melayu seperti Lenggang Kangkung, Can Mali Can, dan Rasa Sayang.

“Jumlah penari adalah tak tentu tetapi setiap persemban biasa ada 10 orang. Kami juga pernah mewakili Terengganu ke Singapura pada tahun lepas untuk Singapore-Malaysia Fest di Changi Expo,” ujarnya.

Dalam pada itu, mereka turut menyatakan keunikan pakaian kebaya mereka yang diwarisi sejak zaman nenek moyang.

“Pakaian ni dipanggil potong kot, sejenis kebaya Nyonya Cina yang dipakai sejak zaman datuk nenek dahulu.

“Sarung yang kami pakai ini memang batik buatan Terengganu. Aksesori rambut dan kerongsang pula kami sesuaikan dengan warna baju. Ahli kami berumur antara 28 tahun hingga 71 tahun,” katanya lagi.

Kai Suen" yang bermaksud kepulangan berjaya

Kai Suen” yang bermaksud kepulangan berjaya

Phei Chin turut menambah, setiap peranakan Cina mempunyai keunikan yang tersendiri.

“Misalnya, kami Cina Terengganu fasih bahasa Melayu Ganu. Orang-orang tua Cina di sini semuanya fasih berbahasa Melayu.

“Makanan peranakan di Terengganu juga berbeza dengan peranakan di Pulau Pinang dan Melaka. Kalau Pulau Pinang mereka ada kari, di sini kami fokus kepada kuih-muih seperti sekaya dan pulut lepa. luar daun pisang, ada pulut dan ada ikan,” jelasnya.

Dalam pada itu, mereka turut menambah menjelang kemerdekaan Malaysia yang ke-60 kepelbagaian kaum yang dapat hidup bersama ialah sesuatu yang cukup membanggakan.

“Pada kami, paling bangga sekali sebab negara kita aman dan damai, berbilang kaum dan kerjasama antara rakyat memang baik sekali.

“Kita boleh hidup dalam kalangan kaum yang berbeza tidak kira Cina, Melayu atau India,” jelasnya lagi.

Konvoi KMN 2017 tiba di Kampung Cina petang tadi

Perjalanan 256km Konvoi KMN 2017 pada hari ini akhirnya tiba di Kampung Cina petang tadi.

Mereka ditemui semasa Pelancaran Kembara Merdeka Negaraku 2017 daerah Kuala Terengganu

Dalam pada itu, Konvoi KMN 2017 sejauh 178km akan diteruskan ke Stadium Terengganu, Hulu Terengganu, Besut dan Bachok esok.

Tinggalkan komen anda