Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Pembukaan Sukan Sea KL2017 Janjikan Kelainan

By 18 Ogos 2017Ogos 24th, 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Elyas Hisyam & Halim Aman (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Malaysiaaktif) – Sukan SEA Ke-29 akan secara rasminya bermula pada 19 Ogos 2017 dengan upacara pembukaan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 6.00 petang hingga 10.15 malam.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, walaupun tempoh persembahan upacara pembukaan yang singkat, pihak penganjur akan menjanjikan kelainan dan persembahan yang padat dengan pelbagai elemen selari dengan konsep persembahan berinspirasikan tema ‘Bangkit Bersama’.

“Pada temasya pembukaan nanti, pihak penganjur akan membawa lagenda sukan tanah air namun mereka merahsiakan nama-nama lagenda tersebut sebagai elemen kejutan kepada penonton.

“Mereka juga akan menjemput tiga juara dunia negara iaitu Azizulhasni, Mohd Al-Jufferi Jamari dan Cheong Jun Hoong sebagai inspirasi atlet yang akan bertanding pada temasya kali ini,” katanya.

Khairy turut menyeru orang ramai untuk hadir seawal pukul 4.00 petang bagi mengelak kesesakan dipintu masuk stadium.

“Jalan di sekeliling stadium akan ditutup sepenuhnya daripada sebarang kenderaan kecuali pengangkutan awam,” katanya lagi.

Tambahnya, orang ramai digalakkan untuk menaiki LRT dan menggunakan Perkhidmatan Bas Khas yang disediakan di lokasi yang terpilih.

Khairy juga berharap upacara pembukaan ini akan berjalan dengan lancar dan rakyat Malaysia dapat merasai semangat Sukan SEA pada penganjuran kali ini.

Upacara pembukaan ini boleh ditonton melalui laman Youtube dan penganjur akan menggunakan teknologi camera 360° yang boleh meliputi keseluruhan stadium serta memberikan ‘view’ yang menarik kepada penonton.

– AH

Tinggalkan komen anda