Skip to main content
Berita TempatanSabah

Semai Cinta Negara Sejak Kecil

By 18 Ogos 2017Ogos 23rd, 2017Tiada komen3 minit bacaan

Laporan & foto: Mohammad Abdul Rahman (Sabah)

PAPAR, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Melentur buluh biar dari rebungnya, begitulah hasrat program sambutan bulan kebangsaan Tadika KEMAS peringkat kebangsaan yang diadakan di Dewan Kampung Seberang Benoni, di sini pada Khamis.

Semangat kanak-kanak tadika yang sanggup berhujan seawal pagi langsung tidak mematahkan semangat para peserta perarakan meluahkan rasa gelora dan mengibarkan jalur gemilang sepanjang program tersebut.

Afif (dua dari kanan) bersama rakan-rakan sekelas Tabika Kampung Kuala Papar mengenakan busana tradisi masyarakat berbilang kaum

Afif (dua dari kanan) bersama rakan-rakan sekelas Tabika Kampung Kuala Papar mengenakan busana tradisi masyarakat berbilang kaum

Peserta, Mohd Afid Zakuan atau Afif, 6, dari Tadika KEMAS Kampung Kuala Papar yang tampil mengenakan busana lengkap baju Melayu, bertanjak lebih mempamerkan imej Allahyarham Tunku Abdul Rahman jelas menunjukkan semangat penghayatan hari kebangsaan.

Afif meluahkan rasa teruja bersama-sama 12 rakan sekelasnya yang hadir seawal 6.00 pagi bersama keluarga sebagai tanda sokongan menyertai perarakan tersebut.

Menurut guru kelas Afif, Aiysah Nasip, idea mempamer busana tradisi beberapa kaum dalam perarakan ini ialah usaha sama guru serta para ibu bapa pelajar.

“Bagi menjayakan perarakan ini kami berusaha keluar wang sendiri untuk menghasilkan baju tradisi ini. Idea ini secara tidak langsung dapat memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak terbabit terhadap tokoh-tokoh kemerdekaan Negara kita”.

Demikian ujarnya ketika ditemui pada program Pra Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Tabika KEMAS Peringkat Kebangsaan 2017.

Perarakkan kontinjen Murid Tadika dan Ibu Bapa dalam keadaan hujan.

Perarakkan kontinjen Murid Tadika dan Ibu Bapa dalam keadaan hujan.

Penyertaan Tadika Kampung Kuala Papar merupakan antara 500 peserta daripada 74 pusat Tadika yang menyertai program tersebut dari parlimen Papar, Kimanis dan Putatan dalam perarakkan yang diringi 15 buah basikal berhias.

Sementara iti, menurut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat, KEMAS, Datuk Amiruddin Arifin, KEMAS memperkenalkan beberapa pembaharuan terhadap Taman bimbingan kanak-kanak, tabika menerusi Program Transformasi Luar Bandar sejak November 2015.

“Menyedari hakikat isu kalangan generasi muda yang kian menipis, KEMAS mengambil langkah dan memberi nilai tambah dalam silibus pengajaran dan pembelajaran melentur buluh daripada rebungnya sebagai salah satu pembentukkan Modul Patriotik.

Jelasnya lagi, model ini lebih bertujuan untuk menyemai semangat jati diri kalangan diri anak-anak tabika berteraskan konsep cinta agama, bangsa dan negara serta menyemai rasa hormat kepada para pemimpin negara.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlen turut bersetuju penghayatan semangat kemerdekaan perlu bermula dari usia awal lagi bagi membina jati diri sebagai benteng kuat menghadapi penjajahan minda.

“Kita tidak lagi dijajah secara fizikal namun dilakukan secara halus, yang berupaya mempengaruhi dan menjejaskan permafakatan masyarakat yang sentiasa diancam oleh pelbagai pihak yang ingin merosakkan perpaduan negara.

Salah seorang Pemenang Basikal Berhias Merdeka, dari Kampung Benoni

Salah seorang Pemenang Basikal Berhias Merdeka, dari Kampung Benoni

Katanya lagi, akhirnya penjajahan minda ini akan merosakkan identiti negara dan bangsa itu sendiri dan disebab tersebut masyarakat perlu mengelakkan elemen-elemen penjajahan minda ini dari berterusan.

Rosnah turut berterima kasih kepada Jabatan KEMAS kerana memilih daerah Papar sebagai tuan rumah pelancaran Hari Kebangsaan tersebut.

“Kita harap semangat kibar jalur gemilang terus terjalin dan semoga jalur gemilang ini terus dikibarkan diseluruh negara untuk kita sama-sama menghormati dan menghayati kemerdekaan negara melalui kempen kibar jalur gemilang ini”, ujarnya lagi.

Pada program tersebut dianggarkan lebih 1000 penduduk sekitar kampung tersebut hadir memeriahkan majlis yang berlangsung yang diadakan selama dua hari bermula Rabu dengan pelbagai pengisian seperti pertandingan Basikal Berhias, Pakaian Beragam dan Kontinjen Berinovasi.

Para pemenang Pakaian Beragam Merdeka Tadika KEMAS Papar

Para pemenang Pakaian Beragam Merdeka Tadika KEMAS Papar

Johan bagi kategori pertandingan kontijen berinovasi dimenangi dari KEMAS Parlimen P.176 Kimanis yang disertai seramai 280 peserta.

Manakala Ameera Putri Umyaira Noraime, dari Tabika KEMAS Berundong tampil menjuarai pertandingan pakaian Beragam Merdeka.

Johan pertandingan basikal berhias disandang oleh Mohd Fazrul Fahami Radin, manakala Nor Juhanis madshah, dari Tabika Sinar Baru muncul juara Pertandingan Karaoke Merdeka.

SF

Tinggalkan komen anda