Skip to main content
Berita TempatanHomeKedahPutrajayaWilayah Persekutuan

Kibarkan Sekurang-Kurangnya Satu Bendera Satu Premis

By 19 Ogos 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan oleh: Aimi Huwaina / Foto: Farhan Abdullah (Putrajaya)

BALING, 19 Ogos (Malaysiaaktif) – “Marilah kita bersama pimpinan kita di semua peringkat komuniti untuk sekurang-kurangnya mengibarkan satu jalur gemilang di rumah, sekolah, premis dan seluruh kawasan kediaman kita.”

Ketua Konvoi Kembara Merdeka Negaraku (KMN) 2017, Yosri Abu Mahsin berkata demikian pada lokasi pertama hari ketujuh di sini, hari ini.

“Inilah sebagai tanda penghargaan dan ingatan tulus kepada semua negara bangsa yang kita cintai.

“Maka apabila kita ada sebuah negara bangsa, berbangsalah kita, bernegaralah kita, hormat menghormati bagi memperkukuh jati diri kita sebagai sebuah bangsa Malaysia yang amat dihormati,” katanya.

Ketua Konvoi KMN 2017, Yosri Abu Mahsin menyerahkan bendera kepada wakil Puteri UMNO dan K1M kawasan Baling.

Ketua Konvoi KMN 2017, Yosri Abu Mahsin menyerahkan bendera kepada wakil Puteri UMNO dan K1M kawasan Baling.

Jelasnya, KMN 2017 ini melibatkan seramai 107 peserta dengan kekuatan 56 kenderaan termasuk 36 motosikal berkuasa tinggi dari Port Dickson pada 13 Ogos yang lalu.

“Kita akan ke beberapa lokasi selama 16 hari untuk menyemarakkan semangat bulan kebangsaan bagi menghargai dan memperingati detik keramat kemerdekaan tanah air yang ditakuk sejak enam dekad yang lalu,” katanya lagi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Baling, Mohd Noor Mohd Amin menandatangani Buku Autograph Kembara Merdeka Negaraku 2017 Baling.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Baling, Mohd Noor Mohd Amin menandatangani Buku Autograph Kembara Merdeka Negaraku 2017 Baling.

Dalam pada itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Baling, Mohd Noor Mohd Amin berkata kemerdekaan itu bukanlah sekadar mengibarkan bendera sahaja, tetapi perlu menghayati nikmat dan juga erti kemerdekaan.

“Kita sebagai golongan muda, kita kena faham sejarah, bagaimanakah pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan dulu dan nenek moyang kita untuk memerdekakan negara.

“Dalam sebuah negara yang penuh dengan masyarakat yang berbilang bangsa, agama, kaum serta keturunan, apa yang penting dalam Malaysia adalah keharmonian dan permuafakatan yang ada pada semua bangsa di Malaysia ini yang mana menyebabkan hari ini negara kita menjadi aman dan makmur.

“Marilah sama-sama kita mendoakan agar negara kita dapat terus aman dan makmur, merdeka. Merdeka bukan kata kita bebas daripada penjajahan tetapi dari segi minda, pergerakan dan segala sudut,” katanya.

Sementara itu, Mohd Noor turut mendoakan agar kontijen Malaysia dapat menjadi johan kesuluruhan bagi Sukan Sea pada tahun ini.

 

Tinggalkan komen anda