Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

World #QuranHour, UIAM dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Meterai MoU

By 21 Ogos 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menganjurkan World #QuranHour pada 31 Ogos ini dalam majlis yang berlangsung di UIAM Kampus Gombak, hari ini.

Menurut Rektor IIUM, Profesor Datuk Sri Dr Zaleha Kamarudin, kedua-dua pihak akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk bekerjasama menjayakan acara World #QuranHour dan bidang lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

MoU ini sebagai 'akad' antara UIAM dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas untuk terus bekerjasama menganjurkan World#QuranHour - Rektor IIUM, Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamarudin

MoU ini sebagai ‘akad’ antara UIAM dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas untuk terus bekerjasama menganjurkan World#QuranHour – Rektor IIUM, Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamarudin

“MoU ini berfungsi sebagai ‘akad’ antara UIAM dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas untuk terus bekerjasama bukan sahaja menganjurkan acara tahunan World #QuranHour tetapi dalam hal berkaitan dengan Al -Quran kesejahteraan umat Islam,” ujarnya.

MoU tersebut ditandatangani oleh Zaleha dan Pengerusi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub sambil disaksikan oleh Naib Pengerusi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Abdul Jalil Ali dan Timbalan Rektor (Pengantarabangsaan & Hubungan Industri) IIUM, Profesor Dr Abdelaziz Beghout.

Dari kiri: Prof Datuk Sri Dr Zaleha Kamarudin, Prof Dr Abdeaziz Beghout, Datuk Abdul Jalil Ali dan Datuk Husamuddin Yaacub selepas memeterai MoU penganjuran World #QuranHour pada 31 Ogos nanti.

Dari kiri: Prof Datuk Sri Dr Zaleha Kamarudin, Prof Dr Abdeaziz Beghout, Datuk Abdul Jalil Ali dan Datuk Husamuddin Yaacub selepas memeterai MoU penganjuran World #QuranHour pada 31 Ogos nanti.

Sementara itu, Hussamuddin berkata dia percaya setiap kempen dan gerakan World #QuranHour akan dapat dijayakan kerana UIAM mempunyai infrastruktur dan kepakaran yang tidak terdapat di universiti lain.

“Melalui kerjasama ini, diharapkan kempen World #QuranHour dapat membentuk jati diri umat Islam menjadikan Al-Quran sebagai amalan seharian mereka agar berjaya dalam semua bidang dalam kehidupan,” ujarnya.

-DZ

Tinggalkan komen anda