Skip to main content
Berita TempatanHomePerlisPutrajayaViralWilayah Persekutuan

Lompat Tali Meriahkan Sambutan Kembara Merdeka Negaraku 2017

By 22 Ogos 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan oleh: Aimi Huwaina / Foto: Anuar Che Amat

PERLIS, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Ketibaan Konvoi Kembara Merdeka Negaraku (KMN) 2017 pada hari kesembilan di Padang Besar, di sini dimeriahkan dengan Persembahan Lompat Tali Doktor Muda, semalam.

Bagi ahli kumpulan lompat tali dari Sekolah Kebangsaan Simpang Ampat (SKSA), Nur Athirah Nor Hisham, 11, minatnya untuk berjinak-jinak dalam sukan lompat tali pada usia enam tahun semakin mendalam apabila memasuki alam persekolahan.

Berkongsi minat yang sama, ahli kumpulan lompat tali SKSA, Ridhuan Jazimi Shuib, 11, berkata dia memilih untuk menyertai pasukan lompat tali kerana sukan ini bukan sahaja menyeronokkan malah baik untuk kesihatan jantung.

Ahli kumpulan lompat tali SKSA, Ridhuan Jazimi Shuib, 11.

Ahli kumpulan lompat tali SKSA, Ridhuan Jazimi Shuib, 11.

Ridhuan yang turut meminati sukan lain seperti bola sepak memberitahu bahawa dia pernah menyertai Program Kayuhan Basikal peringkat sekolah sempena sambutan kemerdekaan yang lalu.

Dalam pada itu, Guru Pembimbing Lompat Tali SKSA, Suib Mat Isa berkata sambutan pelajar dalam sukan lompat tali ini adalah sangat menggalakkan

“Lompat tali tahun ini telah diubah format ke arah kecerdasan. Dulu lompat tali ini di bawah oleh Kementerian Belia dan Sukan, untuk tahun ini di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Kelab Doktor Muda.

“Dulu lompat tali ini hanya main-main untuk kecergasan, tetapi kini setiap doktor muda yang menyertai lompat tali perlu menonjolkan imej ataupun moto kesihatan yang hendak disampaikan,” katanya.

Guru Pembimbing Lompat Tali SKSA, Suib Mat Isa.

Guru Pembimbing Lompat Tali SKSA, Suib Mat Isa.

Jelas Suib, jika dahulu satu pasukan hanya memerlukan enam pemain, tahun ini satu pasukan adalah terdiri daripada lapan hingga 10 pemain.

Mengulas mengenai sambutan kemerdekaan, Suib berkata guru-guru dan murid-murid bersemangat dalam membuat persiapan menyambut Hari Kebangsaan.

“Saya lihat murid-murid faham apa yang mereka nampak, dengan tema negaraku sehati sejiwa itu.

“Kalau nak sambut merdeka ini, guru pun excited juga. Kita akan pasang bendera, buat kayuhan merdeka, galakkan murid sertai pertandingan mewarna, hias basikal, buat logo ataupun gubahan bahan terbuang,” katanya.

Segelintir murid-murid menggayakan pakai jalur gemilang pada majlis sambutan KMN 2017.

Segelintir murid-murid SK Padang Besar Selatan menggayakan pakai jalur gemilang pada majlis sambutan KMN 2017, di sini semalam.

Konvoi KMN 2017 yang melibatkan 105 peserta dengan 18 kenderaan dan 30 motosikal berkuasa tinggi ini akan meneruskan perjalanan ke destinasi-destinasi terpilih di Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Tinggalkan komen anda