Skip to main content
Berita TempatanHomeKedahPutrajayaViralWilayah Persekutuan

Generasi Y Perlu Kenali Sejarah Untuk Merdekakan Negara

By 22 Ogos 2017Ogos 23rd, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan oleh: Aimi Huwaina / Foto: Irwan Shah (Putrajaya)

ALOR SETAR, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Exco Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Kedah , Datuk Ahmad Tajudin Abdullah, menyeru Generasi Y supaya mengenali sejarah untuk memerdekakan sebuah negara bangsa seperti Malaysia.

“Kita wajib mempertahankan kemerdekaan yang kita ada pada hari ini. Maknanya kita mesti mempertahankan kedaulatan negara dan juga hubungan kaum dan agama, mesti kita bertoleransi dan bertolak ansur.

“Sayangilah negara kita, kita tanamkan semangat patriotisme dalam diri kita. Walaupun terdiri dari pelbagai kaum, kita mesti sehati sejiwa seperti tema kita pada tahun ini,” katanya pada Majlis Pelancaran Kembara Merdeka Negaraku (KMN) 2017 peringkat negeri Kedah di Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Abdul Halim, di sini semalam.

Exco Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Kedah , Datuk Ahmad Tajudin Abdullah menandatangani Buku Autograph KMN 2017.

Exco Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Kedah , Datuk Ahmad Tajudin Abdullah menandatangani Buku Autograph KMN 2017.

Ahmad Tajudin dalam ucapannya turut menyeru rakyat Kedah supaya menyemarakkan sambutan bulan kebangsaan ini dengan mengibar jalur gemilang di rumah, kenderaan, premis, kedai dan jabatan-jabatan sebagai tanda sayangkan negara.

Dalam pada itu, Pengarah Penerangan Kedah, Aziman Hasan berkata generasi muda sekarang perlu diasuh dan didedahkan tentang semangat cintakan negara kerana tanpa semangat patriotisme, keharmonian negara tidak akan dapat dipertahankan.

“Patriotisme merupakan satu perkara yang amat padat untuk semua negara di dunia ini. Ia bukan setakat luahan perasaan tetapi lebih menuntut kepada penghayatan setiap warganegara.

“Patriotisme juga bukan semangat, tetapi ia merupakan sesuatu yang agong dan melibatkan keyakinan, kesetiaan, kewarganegaraan, keberanian, kemerdekaan, jati diri dan kekuatan sesebuah negara,” katanya.

Jelas Aziman, semangat patriotisme seharusnya menjadi pendorong setiap rakyat yang cintakan negara untuk bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh bagi membangunkan dan memajukan negara.

Acara pelepasan Konvoi Merdeka Negara 2017.

Acara pelepasan Konvoi Merdeka Negara 2017.

KMN yang sebelum ini dikenali sebagai Kembara Merdeka Jalur Gemilang merupakan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia kelapan pada tahun ini.

Program yang diadakan sempena sambutan bulan kebangsaan ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di samping meningkatkan kesedaran kibar jalur gemilang.

Konvoi KMN 2017 yang terdiri daripada 105 peserta dengan 18 kenderaan dan 30 motosikal berkuasa tinggi ini mengelilingi Semenanjung Malaysia selama 16 hari ke 50 destinasi pilihan.

Tinggalkan komen anda