Skip to main content
Berita TempatanSabah

Memori Mengagumkan di Air Terjun Tinaaman

By 22 Ogos 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan: Mohammad Mahathir / Foto: Team KBK

KENINGAU, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Sabah merupakan negeri yang banyak menyimpan khazanah alam yang tidak ternilai serta mampu memberi memori indah, mencabar serta mengagumkan kepada pecinta alam.

Pengarah Program Tahun Melawat Keningau 2018, Rafie Robert, 30, berkata misi ekspedisi kali ini adalah untuk mencari dan mengamati kepelbagaian keindahan sumber alam di daerah ini yang masih tidak diketahui umum.

Beberapa lokasi air terjun Tanaaman yang berjaya diterokai pada ekspedisi terbabit

Beberapa lokasi air terjun Tinaaman yang berjaya diterokai pada ekspedisi terbabit

“Saya terpanggil untuk terus meneroka kepelbagaian tempat menarik di sekitar daerah ini untuk menjadikan lokasi terbabit sebagai produk pelancongan ke daerah ini.

“Hari ini kami berpeluang melihat dan merasai sendiri keindahan air terjun Tinaaman yang indah, mengagumkan dan mencabar.

“Saya akan pastikan bahawa air terjun ini akan tersenarai sebagai salah satu lokasi wajib kunjung oleh para pelancong yang datang ke daerah ini tahun depan”, jelasnya lagi.

Rafie yang juga Ketua Ekspedisi ke sebuah lagi lokasi air terjun di kawasan Tinaaman turut berkongsi pengalaman sepanjang merentas laluan ke air terjun tersebut yang dikatakannya mencabar dan memukau pandangan di sepanjang ke air terjun terbabit.

“Kepada peminat-peminat aktiviti meredah hutan boleh berkunjung ke sini untuk merasai sendiri pengalaman dan keindahan alam semula jadi,” katanya.

Rafie menyatakan hasrat akan memanjangkan cadangan kepada pegawai daerah Keningau untuk menaik taraf fasiliti di kawasan terbabit.

Ekspedisi yang disertai seramai 20 peserta Kelab Belia Keningau (KBK) ini memulakan perjalanan sekitar 9.30 pagi pada Ahad dari pekan Keningau ke simpang Kampung Senagang sejauh 24.5 kilometer sebelum meneruskan perjalanan ke Sub Stesen Ulu Senagang yang mengambil masa selama 10 minit.

Permukaan jalan yang berbatu tetapi masih boleh dilalui oleh kenderaan biasa selain pacuan empat roda untuk sampai ke lokasi.

Mariah (kiri) bergambar bersama rakan-rakan peserta lain di beberapa lokasi air terjun yang dilalui.

Mariah (kiri) bergambar bersama rakan-rakan di beberapa lokasi air terjun yang dilalui.

Dalam pada itu, peserta, Mariah Carey, 23, berkata tempat ini sesuai kepada peminat atau pencinta alam yang suka akan  pemandangan hijau dan hutan yang belum terusik.

“Saya juga akan turut mencadangkan kepada Persatuan Pengakap Kelana D Keningau nanti untuk melaksanakan perkhemahan disini nanti.

“Kepada ahli-ahli persatuan pengakap jika ingin merasa terkena gigitan pacat atau lintah boleh mencuba melalui laluan menuju air terjun Tinaaman ini,” katanya.

-SF

 

 

Tinggalkan komen anda