Sambutan Konvoi KMN 2017 Empat Sekolah Meriah

IMG_4459-1024x683

 

Laporan dan foto utama oleh: Diyana Zamri (Putrajaya)

SEBERANG PRAI, 23 Ogos (Malaysiaaktif)  – Kelihatan wajah-wajah ceria anak-anak kecil dan remaja di Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Indah, di sini, menyambut ketibaan konvoi Kembara Merdeka Negaraku (KMN) 2017, pagi tadi.

Sambutan penuh kemeriahan itu dihadiri lebih 1,700 pelajar gabungan empat sekolah iaitu SK Saujana Indah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Indah, SMK Tengku Abdul Rahman dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Transkrian.

Kemeriahan sambutan para pelajar empat buah sekolah.

Kemeriahan sambutan para pelajar empat buah sekolah.

Pasukan konvoi KMN 2017 disambut dengan pelbagai persembahan menarik oleh pelajar-pelajar dan guru antaranya, Tarian Selamat Datang oleh murid-murid cilik SK Saujana Indah.

Selain itu, turut mencuri tumpuan adalah persembahan Tarian Klasikal India oleh lima orang pelajar SMK Saujana Indah.

Tarian Selamat Datang oleh murid cilik SK Saujana Indah.

Tarian Selamat Datang oleh murid cilik SK Saujana Indah.

Menurut ketua tariannya, Aaron Roy Denis, 17, mereka semua masuk kumpulan tarian ini kerana meminati tarian tersebut.

“Saya belajar tarian ini dengan cikgu tarian saya kemudian saya ajarkan kepada rakan-rakan sekumpulan,” ujarnya merangkap koreografer kumpulan tarian tersebut.

Tarian Klasikal India memukau pandangan penonton.

Tarian Klasikal India memukau pandangan penonton.

Tambah teman sekumpulannya, Veasha Kasturi Kesveren, 16, kumpulan tarian ini mula ditubuhkan pada tahun lepas.

“Kami mengambil masa selama dua minggu untuk membuat persiapan sambutan hari ini,” jelasnya dalam keterujaan selepas membuat persembahan.

Selain itu, kumpulan tarian Walinong Sari Puteri Gunung Ledang SMK Saujana Indah juga menarik perhatian semua yang ada di sini.

Tarian Walinong Sari Puteri Gunung Ledang penuh gemalai.

Tarian Walinong Sari Puteri Gunung Ledang penuh gemalai.

Menurut salah seorang ahli kumpulan tersebut, Nurul Hanis Atiqah Hamizan, 16, tarian ini diambil dari negeri Pahang dan mereka mengambil masa dalam tiga minggu untuk membuat persiapan.

“Baru-baru ini, kami ada masuk pertandingan peringkat negeri dan juga ada membuat persembahan di beberapa tempat lain.

“Kumpulan kami ini bukan sahaja menari tarian Walinong Sari, tetapi juga tarian yang lain,” jelasnya yang telah lebih dua tahun menyertai kumpulan tarian dengan tujuh orang ahli ini.

ADUN Kawasan Sungai Acheh, Datuk Mahmud Ghazali. / Foto: Farhan Abdullah

ADUN Kawasan Sungai Acheh, Datuk Mahmud Ghazali. / Foto: Farhan Abdullah

Majlis pada hari ini dirasmikan oleh ADUN Kawasan Sungai Acheh, Datuk Mahmud Ghazali.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang, Ishak Abdullah dan Pengerusi Komuniti 1Malaysia Simpang Ampat, Abdul Azmi Jaafar.

IMG_4402

Memasuki hari kesebelas, ini merupakan lokasi ke-27 KMN 2017. Seterusnya, konvoi yang diketuai oleh Ariah Judah ini bergerak ke Komuniti 1Malaysia Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Perak meneruskan kembara 17 buah kenderaan dan 30 motosikal berkuasa besar agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan melibatkan 107 peserta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...