234 Pelajar Menerima Bantuan WPP PTPTN

IMG_4476-1024x576

 

Laporan dan foto oleh: Muhammad Ashraf Ahmad Jarkasi (Hulu Langat)

HULU LANGAT, 23 Ogos (Malaysiaaktif) – Selain menyediakan pembiayaan pendidikan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga menyediakan kemudahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP).

WPP ini khusus untuk pelajar-pelajar Universiti Awam (UA) dan Politeknik dalam program diploma yang layak sebelum mereka mendaftar di UA.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz merasmikan majlis penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional di Kolej Vokasional Kajang, di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz

“Bagi kemasukan pelajar peringkat ijazah ke Universiti Awam sesi September 2017/2018, seramai 20,156 pelajar telah ditawarkan WPP yang melibatkan peruntukan sebanyak RM30.23 juta.

“Bagi parlimen Hulu Langat, seramai 234 pelajar telah ditawarkan WPP sesi ini dengan peruntukan sebanyak RM351,000,” ujar Johan.

IMG_4478

Bagi pelajar-pelajar yang diluluskan pembiayaan pendidikan oleh PTPTN, WPP yang ditunaikan akan ditolak sebanyak RM500 setiap semester semasa pengeluaran pembiayaan dibuat.

Manakala, pelajar-pelajar yang tidak memohon pinjaman pendidikan PTPTN hendaklah membuat penyelesaian penuh secara sekaligus seperti yang telah ditetapkan.

Najar Karina Mustapha

Najar Karina Mustapha

Menurut seorang pelajar, Najar Karina Mustapha, 19, “saya amat bersyukur kerana duit ini banyak membantu saya. Saya tidak berkerja dan perlukan duit ini untuk pendaftaran masuk ke universiti.

“Harapan saya agar PTPTN dapat terus membantu pelajar-pelajar lain di masa hadapan dan saya juga akan menggunakan duit PTPTN ini sebaik mungkin,” katanya.

Amy Low En Tien

Amy Low En Tien

Bagi seorang lagi penerima, Amy Low Ei Tien, 20, wang ini sangat membantunya dan dia berterima kasih kepada PTPTN serta berazam akan belajar dengan rajin sehingga berjaya.

WPP diberikan melalui CIMB Bank dan mempunyai tempoh sah laku selama dua bulan daripada tarikh waran. Para pelajar perlu hadir sendiri sendiri dengan MyKad untuk mendapatkan duit tersebut.

-DZ-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...