Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

1,380 Pelajar Bakal Hidupkan Nostalgia 1957 pada 31 Ogos

By 29 Ogos 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh: Norhazlinawati Mat & Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Kebangsaan ke-60 kali ini bakal menampilkan kelainan dalam pengisian acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka, di sini pada 31 Ogos nanti.

Seramai 1,380 pelajar dari 45 sekolah menengah dan sekolah rendah sekitar Selangor bakal menghidupkan kembali suasana waktu penjajahan dan perjuangan rakyat dalam menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Persembahan 'Enactment 1957' oleh 1,380 pelajar.

Persembahan ‘Enactment 1957’ oleh 1,380 pelajar.

Menurut salah seorang jurulatih dari Jabatan Pendidikan Selangor, Nuzul Ainie Marzukhi, 36, para pelajar telah menjalani latihan selama hampir dua bulan bagi memastikan persembahan berjalan lancar.

“Pihak sekolah akan mengadakan kelas tambahan untuk ulang kaji pelajaran yang tertinggal kepada pelajar yang terlibat dalam persembahan ini,” katanya.

Jurulatih Utama dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Nuzul Ainie Marzuki

Jurulatih Utama dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Nuzul Ainie Marzuki

Sementara tu, peserta persembahan padang, Cempaka Nur Ain, 16, berasa sangat bertuah dan berbangga kerana berpeluang untuk mengambil bahagian dalam persembahan pada tahun ini setelah melalui beberapa proses pemilihan.

“Saya juga bersyukur dapat sokongan penuh daripada ibu bapa yang sanggup hantar seawal jam 5 pagi untuk sesi latihan,” kata Cempaka yang ditemui pada sesi raptai penuh Hari Kebangsaan.

'Enactment' detik pengumuman kemerdekaan negara.

‘Enactment’ detik pengumuman kemerdekaan negara.

Jelas Cempaka, persembahan yang mengimbas kembali nolstagia 1957 ini dapat memberi kesedaran kepadanya atas pengorbanan dan keperitan pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu untuk mencapai kemerdekaan.

Sambutan bulan kebangsaan pada tahun ini adalah sangat bermakna seiring dengan kejayaan Malaysia yang mencapai sasaran dengan 111 pingat emas dalam Sukan SEA Ke-29 malam tadi.

– AH

Tinggalkan komen anda