Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajayaViralWilayah Persekutuan

Hari Kebangsaan Ke-60 Disambut Penuh Legasi

By 31 Ogos 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh: Syed Hisham Shah (Putrajaya)

KUALA LUMPUR 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini disambut meriah melibatkan bukan sahaja ribuan rakyat tempatan malah pelancong asing turut menyaksikan perarakan dan persembahan yang diadakan di Dataran Merdeka, di sini hari ini.

Sambutan yang bermula seawal pukul 7 pagi itu melibatkan lebih 18,000 peserta perbarisan termasuk 321 jenis aset udara dan darat.

Paling menarik perhatian adalah perbarisan melibatkan veteran perang yang terlibat menentang komunis sekitar 1960.

Sempena perarakan itu, Ang­katan Tentera Malaysia (ATM) dari skuadron 11 – Gong Kedak telah memukau pengunjung dengan melakukan flypass dan bomb burst pesawat Sukhoi SU-30MKM.

Unit berkuda turut membuat lintas hormat.

Unit berkuda turut membuat lintas hormat.

Kanak-kanak turut teruja melihat Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kor Armor Diraja Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Antara pengunjung yang ditemui, Muhammad Afiq Hakimi, 21, bersama-sama adiknya, Muhammad Luqman Hakim, 19 dari Bangsar, hadir dengan penuh semangat kebangsaan.

Afiq dan Luqman yang tampil berbusana Melayu siap bertanjak ternyata menarik perhatian setiap pengunjung.

“Kami berjuang dengan cara kami sendiri. Kami bukan prajurit yang bertempur di medan perang, tapi kami pastikan kemerdekaan hari ini kekal selamanya.

“Merdeka boleh ditafsirkan menerusi pelbagai aspek, memelihara budaya bangsa juga sebahagian daripada perjuangan memelihara merdeka,” ujar pelajar Institut Kemahiran Mara, Sik, Kedah ini lagi.

Luqman (kiri) dan Afiq segak berbusana Melayu.

Luqman (kiri) dan Afiq segak berbusana Melayu.

Luqman menyifatkan sambutan ini cukup istimewa kerana mengimbau kenangan enam dekad yang lalu.

“Meskipun kami tidak melalui zaman tersebut, jerit perih pejuang dahulu tetap kami rasa. Kami berikrar akan menjaga negara ini sebaik mungkin dengan menjadi warganegara yang taat kepada kedaulatan negara,” jelas pelajar Diploma Sains Sukan, Universiti Teknologi Mara, Kampus Sarawak ini.

Sambutan kali ini bertambah manis apabila turut mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records untuk LED terbesar bersaiz 200m x 9m.

– AH

Tinggalkan komen anda