Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Pusat Pelancongan Manfaat Sambutan Hari UNESCO

By 12 September 2017Tiada komen2 minit bacaan
Persembahan kumpulan muzik bambu turut memukau pengunjung.

 

Laporan oleh Haslinah Samsir / Foto : Vicky S.Matanjang & Saiful Rahman Sabri (Sabah)

KUNDASANG, SABAH, 11 September (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) yang pertama kali diadakan di Sabah membuka peluang pengusaha pusat pelancongan, Hamdan Jaini, 44, pemilik Bombon Kampung Marakau.

Beliau yang berasal dari Kampung Randagong Lama yakin sambutan berkenaan akan memberi manfaat besar kepada penduduk dan sekali gus mempromosikan produk dan lokasi Kundasang sebagai salah sebuah lokasi pelancongan utama di Sabah.

“Kota Kinabalu ibu negeri Sabah dan sekiranya kita mempunyai istilah ibu pelancongan Sabah, ia adalah Ranau.

“Ini juga dibuktikan apabila Kinabalu Park  mendapat pengiktirafan Tapak Simpanan Dunia pertama bagi Malaysia.

“Sambutan ini sudah tentu menarik ramai pengunjung dari seluruh Sabah dan kami tidak akan melepaskan peluang untuk memperkenalkan pusat-pusat pelancongan di sini.

Unesco 3

“Hari ini, kita lihat para peniaga produk tempatan, seperti makanan tradisional, kraf tangan dan pelancongan turut mengambil peluang memasarkan serta memperkenalkan produk mereka,” kata Hamdan.

Pada program ini pekan Kundasang dianggarkan dilawati lebih 4,000 orang pengunjung sejak Sabtu, sempena Sambutan Hari United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) 2017.

Unesco 6

Kebanyakan mereka merupakan pelancong dalam negeri yang menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga dan sahabat handai.

Sementara itu, Penolong Jurutera di Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah, Rebecca Lee, 59, berkata acara sambutan itu memberikannya peluang untuk mendidik masyarakat mengenai alam sekitar.

Justeru, dia bersama beberapa orang rakan sekerjanya berada di daerah tersebut sejak Jumaat bagi membuat persiapan pameran.

“Kesedaran mengenai perubahan iklim global dan pengitaran semula perkara yang kita ingin berikan penekanan.

Unesco 5

“Masih ramai yang kurang mengambil tahu bagaimana cara kita dapat membantu mengelakkan pemanasan global dan pencemaran di Bumi ini.

“Pelbagai usaha telah kami jalankan seperti kempen kesedaran di peringkat sekolah dan prasekolah demi menyediakan generasi pelapis kita peka kepada alam sekitar.

“Selain itu juga, sebenarnya banyak sumber yang boleh diguna semula yang perlu kita amalkan seperti mengguna semula minyak masak yang sudah digunakan kepada lilin,” kongsinya.

Sambutan Hari UNESCO ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan artis-artis tempatan, jualan, pameran produk dan perkhidmatan oleh jabatan serta agensi kerajaan dan bandan bukan kerajaan (NGO) serta hiburan untuk kanak-kanak.

Unesco 9

Majlis perasmian disempurnakan pagi Ahad oleh Menteri Pendidikan merangkap Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Hadir sama, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Pengarah Biro Sains Wilayah Asia dan Pasifik, Jakarta, Shahbaz Khan; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Sri Alias Ahmad.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda