100 Karya Karikatur Malaysia Warnai Balai Seni Negara

WhatsApp Image 2017-09-12 at 6.02.48 PM

 

 Laporan dan Foto oleh: Elyas Hisyam Mat Zin & Halim Aman (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 12 September (Malaysiaaktif) – Balai Seni Negara telah menganjurkan Pameran Karikatur Malaysia dari 9 September hingga 15 Oktober 2017 bertempat di Creative Space 1, Balai Seni Negara, di sini.

Sebanyak 100 karya karikatur, termasuk pemimpin-pemimpin negara, seniman dan seniwati, atlet, selebriti komedi serta usahawan berjaya dipamerkan.

Datuk Sri Zakaria Sulong, Prof Dr Muliyadi Mahamood, Datuk Ab. Ghaffar A. Tambi bergambar bersama kartunis yang hadir.

Datuk Seri Zakaria Sulong, Prof. Dr. Muliyadi Mahamood, Datuk Ab. Ghaffar A. Tambi bergambar bersama kartunis yang hadir.

Pameran ini menggabungkan kartunis profesional seperti Imuda, Don, Aie, Katon Aqari, Yaz Malee, Oly, Maro, dan Oren.

Menurut Ahli Lembaga Balai Seni Negara, Profesor Dr. Muliyadi Mahamood, pameran karikatur ini merupakan curahan rasa serta penghargaan dan kekaguman kepada tokoh penting negara daripada pelbagai bidang.

“Terselit juga persembahan karikatur memberi respon terhadap pelaku-pelaku isu sensasi negara serta gambaran peristiwa adaptasi daripada realiti,” katanya pada majlis perasmian pameran ini di Balai Seni Negara di sini, hari ini.

WhatsApp Image 2017-09-12 at 6.02.40 PM

Tambah Muliyadi, dia berharap pameran ini mendapat sambutan daripada orang ramai dan penggemar lukisan karikatur boleh memiliki karya yang dipamerkan mengikut harga yang telah di tetapkan.

Pameran ini terbuka kepada orang ramai bermula pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang dan masuk adalah percuma.

 

– AH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...