Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Kelab 1Malaysia Sekolah Kota Baharu Didik Pelajar Cinta Negara

By 14 September 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan/Foto: Robani Nabi Ahmad / Khsirunnisa Ismail

KOTA BHARU,14 Sept, (Malaysiaaktif) – Bukan hanya memupuk nilai semangat patriotik, namun Kelab 1Malaysia (K1M) di 13 buah sekolah di daerah ini dijangka mampu mencetus perubahan dalam pemikiran anak-anak muda supaya menghargai negara Malaysia.

Pegawai Penerangan Daerah Kota Bharu, Mohd Zamzuri Salleh berkata, K1M mempunyai keistimewaan sendiri dan memberi pelbagai pendedahan kepada ahli-ahlinya, terutama dalam mempertingkatkan semangat kenegaraan melalui penganjuran program.

ef171d71-7bc2-4e1d-bd18-04cd529f0e5f

Menurut seorang ahli K1M, Suriani Sidek, 17, kelab tersebut memberi peluang kepadanya untuk menghargai negara melalui pelbagai pendekatan.

Dia bersyukur sejak idea K1M dicetuskan di sekolah-sekolah, terutama di Kota Baharu, semakin nampak kesan positif dalam usaha memupuk pembangunan insan patriotik yang sayang tanah air.

Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panji, Mohd Shukri Abdullah yang  mewakili Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) juga bersetuju K1M mampu mendidik anak-anak bangsa lebih menyayangi negara melalui program-program yang telah dilaksanakan, antaranya mengenai Sistem Demokrasi Perlembagaan Negara dan Wacana Merdeka.

5546fb39-3d88-491c-842c-1f8e72ac89d4

Perarakan jentera kadet dan pelbagai persatuan sempena penutupan Bulan Kemerdekaan

Mohd Shukri berkata, “semangat patriotik perlu terus ditanam dalam diri pelajar, walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dalam usaha mendidik anak-anak muda zaman sekarang,.

“Saya juga berharap sekolah-sekolah di Kota Baharu ini, khususnya, mengambil inisiatif untuk terus membawa keunikan dalam cara sambutan kemerdekaan di sekolah masing-masing.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda