Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerlisViral

Kelahiran 5 Bayi Hari Malaysia HTF Dirai Kelab 1Malaysia

By 16 September 2017Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan dan Foto oleh: Sufian Kamarudin (Kangar)

KANGAR 16 September (Malaysiaaktif) – Tanggal 16 September 2017 merupakan detik manis bagi ibu bapa kepada lima bayi yang dilahirkan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini setakat 10.00 pagi tadi.

Bagi salah seorang bapa, Mohd Rosdi Hassan, dia berasa sangat gembira dengan kelahiran bayi perempuannya seberat 2.5 kilogram dan masih belum mempunyai nama pilihan untuk anak keduanya itu.

“Isteri saya, Siti Ainur Shuib , selamat melahirkan bayi pada pukul 8.03 pagi tadi dan kebetulan hari ini pula adalah Hari Malaysia. Apa yang lebih mengembirakan saya, tarikh lahir anak adalah sama dengan tarikh lahir isteri iaitu 16 September,” katanya ketika ditemui di HTF.

Mohd Rosdi Hassan bersama bayinya yang berkongsi tarikh lahir dengan isterinya pada 16 September.

Mohd Rosdi Hassan bersama bayinya yang berkongsi tarikh lahir dengan isterinya pada 16 September.

Sementara itu, Pengarah HTF, Dr Othman Warijo memberitahu bahawa bayi Hari Malaysia pertama yang dilahirkan di HTF bagi tahun ini ialah bayi perempuan yang dilahirkan tepat pada pukul 12.01 tengah malam tadi.

Kelahiran seorang bayi lelaki dan empat bayi perempuan pada Hari Malaysia ini turut diraikan oleh ahli-ahli kelab 1Malaysia Negeri Perlis.

Ahli-ahli kelab 1Malaysia daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis dan Sekolah Menengah Kebangsaan Putra bergamar bersama bayi-bayi Hari Malaysia di Hospital Tuanku Fauziah.

Ahli-ahli kelab 1Malaysia daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis dan Sekolah Menengah Kebangsaan Putra bergambar bersama bayi-bayi Hari Malaysia di Hospital Tuanku Fauziah.

Ahli-ahli kelab 1Malaysia daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis dan Sekolah Menengah Kebangsaan Putra ini kelihatan begitu teruja apabila melihat bayi-bayi tersebut.

Menurut Pengarah Penerangan Perlis, Ku Ismail Ku Yahya, program sebegini mampu mengingatkan rakyat mengenai sejarah pembentukan Malaysia yang disambut pada setiap 16 September.

“Selain meraikan bayi yang baharu lahir, saya berharap keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di Perlis dapat dikekalkan,” katanya.

Sesi lawatan dan penyerahan sumbangan sempena kelahiran bayi-bayi pada Hari Malaysia.

Sesi lawatan dan penyerahan sumbangan sempena kelahiran bayi-bayi pada Hari Malaysia.

Dalam pada itu, Exco Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, Rela Ahmad dan Exco Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Asmaiza Ahmad, turut mengadakan lawatan ke HTF untuk melawat bayi-bayi yang dilahirkan pada Hari Malaysia, sambil menyampaikan barangan keperluan bayi serta makanan hasil sumbangan Jabatan Penerangan Negeri Perlis.

 

– AH

Tinggalkan komen anda