Skip to main content
Berita TempatanHomeSabahViral

Sukar Peroleh Kayu, Bagang Besi Pitas Idea Inovatif

By 16 September 2017September 18th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Ā Laporan dan Foto oleh: Fauzrina Bulka (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 16 Sept (Malaysiaaktif) – Kedudukan pekan Pitas yang dikelilingi dengan pulau dan terlindung daripada badai tengkujuh menjadikan daerah ini lokasi penting untuk perusahaan bagang.

Struktur kayu nibong yang dikenali sebagai Bagang merupakan pelantar utama yang digunakan oleh nelayan untuk menangkap ikan bilis dan kebiasaannya terdapat di kawasan kampung.

Pembinaan bagang yang kini dikawal oleh Jabatan Perhutanan kerana hampir pupus menyebabkan pemilik bagang, Mohamad Bidin, 51, mencari pilihanĀ lain untuk membina bagang baharu.

“Saya memiliki beberapa buah bagang, tapi sekarang hanya tinggal dua kerana yang lain sudah roboh dipukul ombak besar dan apabila saya menempah kayu nibong daripada pemborong, mereka gagal memenuhinya disebabkan larangan yang dikeluarkan,” jelasnya.

Mohamad yang juga merupakan Pengerusi Komuniti 1Malaysia (K1M) Kampung Mempakad Laut, Pitas berusaha mencari bahan yang sesuai kerana bagangnya sebelum ini diperbuat daripada kayu yang tidak begitu kukuh.

“Sebenarnya bagang terapung ini saya sudah cipta beberapa tahun dahulu, tetapi saya naik tarafnya dan mengambil keputusan untuk membinanya menggunakan besi perlin yang lebih mudah diperoleh,” kata Mohamad atau lebih dikenali dengan nama Haji Sabran.

Mohamad bersama produk ikan bilisnya

Mohamad bersama produk ikan bilisnya

Kos pembinaan bagang terapung berukuran 56 kaki panjang ini kira-kira RM40 ribu danĀ dilengkapi dengan ruang tidur, jaket keselamatan, tandas dan ruang solat.

“Saya bina bagang terapung ini dengan fungsi yang pelbagai, jika bagang pacak hanya digunakan untuk menangkap bilis, bagang terapung ini mempunyai sangkar ikan di bawahnya dan terbuka untuk pemancing dengan bayaran RM20 satu malam.

“Setakat ini bilangan pengunjung yang datang untuk memancing belum begitu ramai, namun dengan bantuan promosi dan tersiarnya berita mengenai kami, dijangka bilangan akan meningkat,” ujarnya.

Dengan bantuan sumbangan bibit siput sudu atau pun lebih dikenali sebagai kupangĀ daripada Jabatan Perikanan, pengusaha boleh menggantungnya di bagang ini.

“Siput ini biasanya mempunyai sangkar khas, tapi dengan bagang ciptaan saya ianya sudah terangkum sekali hingga menarik rakan-rakan untuk melabur sama dan membina bagang ini di kawasan mereka,ā€ katanya lagi.

Tambah Mohamad, dia juga gembira kerana dapat memasarkan kira-kira 400 hingga 700 kilogram ikan bilis ke Sarawak.

“Pelbagai bangsa hadir di gerai saya dan berminat untuk menjalankan urusniaga membuktikan toleransi antara kaum dan hidup saling memerlukan wujud di Malaysia,” katanya ketika ditemui pada Program Hari Malaysia di Kompleks Sukan Likas, hari ini.

Swady bersama pengusaha daripada Komuniti 1Malaysia

Swady bersama pengusaha daripada Komuniti 1Malaysia

Mohamad berharap bagang ciptaannya mampu menjadi tarikan pelancong dan menjadi sumber pendapatan bukan sahaja kepada pengusaha tetapi juga ekonomi daerah Pitas.

 

– AH/AAS

Tinggalkan komen anda