Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Kebakaran Tahfiz: Khairy Zahirkan Perasaan Simpati

By 18 September 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Ruhamin Ramli dan Nasiron Hasim (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 18 Sept 2017 (MalaysiaAktif) –  “Tahniah kepada pihak polis kerana menjalankan siasatan dengan begitu pantas dan sudah pasti rakyat Malaysia ingin melihat mereka yang terlibat  dibawa ke muka pengadilan”.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata demikian kepada pemberita semasa lawatan ke Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah, di sini hari ini.

Khairy juga menegaskan walaupun kejadian ini tidak melibatkan pendawaian, namun isu  keselamatan sekolah-sekolah tahfiz  perlu dilihat secara keseluruhan.

Khairy mewakili  Kementerian Belia dan Sukan telah mengarahkan pelatih-pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang mempunyai kepakaran dalam aspek pendawaian elektrik untuk membuat pematauan rapi secara percuma seandainya diperlukan.

Khairy semasa tiba di Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah

Khairy semasa tiba di Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah

Tambahnya, lebih kurang 100 pusat tahfiz berhampiran dengan IKBN telah dikenalpasti  untuk  dibuat semakan pendawaian secepat yang mungkin.

Jelas Khairy lagi, pihaknya akan turut bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dalam mengesan ‘hot spot’ dan mengenal pasti remaja bermasalah untuk diberi bantuan.

Dalam lawatan berkenaan, Khairy selaku Menteri Belia dan Sukan telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM26,000 kepada Mudir Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah,  Mohd Zaid Mahmod.

“Sumbangan ini merupakan hasil kutipan daripada Kementerian Belia dan Sukan, agensi-agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan serta Seketeriat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017,” jelas Khairy.

Khairy Jamaluddin menyerahkan sumbangan kepada Mudir Tahfiz Darul Quran, Muhammad Zaid Mahmod

Khairy Jamaluddin menyerahkan sumbangan kepada Mudir Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah , Muhammad Zaid Mahmod

Turut hadir dalam lawatan tersebut, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Affendi  Zahari serta Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi Khamis lalu, 23 pelajar termasuk dua guru pusat tahfiz berkenaan terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga banglo yang merupakan asrama pelajar.

Sebahagian mangsa ditemui rentung manakala beberapa lagi lemas akibat terhidu asap.

– AH

Tinggalkan komen anda