Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahGlobalHomePutrajaya

Perhimpunan Agung PBB 18-26 September Ini

By 19 September 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Syed Hisham Shah (Putrajaya) / UN Photo 

PUTRAJAYA, 19 Sept (Malaysiaaktif) – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman, akan mengetuai delegasi Malaysia ke sesi ke-72 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA ke-72) di New York, Amerika Syarikat dari 18 hingga 26 September ini.

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Luar Negeri, Anifah dijadual menyampaikan Kenyataan Negara semasa sesi Debat Umum pada 22 September.

Dalam kenyataan beliau, Anifah akan menekankan isu penindasan etnik Rohingya, isu Palestin, perkembangan di Semenanjung Korea, penghapusan senjata nuklear, Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global serta inisiatif pembaharuan PBB.

Dalam krisis terbaharu pergolakkan Rohingya, ratusan ribu etnik Islam Rohingya melarikan diri di kem sementara di wilayah Cox’s Bazar, Bangladesh ekoran kekejaman yang dilakukan oleh tentera Myanmar bakal menghadapi masalah kebuluran dan penularan pelbagai wabak penyakit sekiranya tiada usaha dilakukan bagi mengatasi masalah ini.

Sementara itu di Palestin, Lebih sejuta kanak-kanak menderita akibat persekitaran yang tidak sesuai dihuni di negara tersebut dengan krisis elektrik dan sekatan yang dikenakan regim zionis terhadap penduduk Gaza.

“Bertemakan ‘Focusing on People: Striving for Peace and a Decent Life for All on a Sustainable Planet’, UNGA ke-72 ini bakal memberi tumpuan kepada usaha PBB dalam meningkatkan kualiti hidup manusia sejagat dalam keadaan aman dan menjalani kehidupan yang sejahtera melalui pembangunan yang mampan.

“Anifah turut dijangka menandatangani Triti Pengharaman Senjata Nuklear dan Memorandum Persefahaman Pasukan Penyiasat Bersama berhubung MH17 pada 20 September,” menurut kenyataan itu.

Menteri Luar Negeri tersebut juga akan menghadiri mesyuarat-mesyuarat berkaitan ASEAN dan OIC, Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Komanwel dan Mesyuarat Koordinasi Gerakan Negara-negara Berkecuali,”

Anifah turut dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakat sejawatanya di sela-sela UNGA ke-72 untuk membincangkan perkara-perkara berkepentingan bersama.

Menurut kenyataan itu lagi, Malaysia menyatakan sokongan penuh terhadap peranan PBB sebagai platform pelbagai hala yang paling konstruktif ke arah mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

 

-AAZ

Tinggalkan komen anda