Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Kem Patriotik Kanak-Kanak Pupuk Disiplin dan Jati Diri

By 20 September 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

MUKAH, 20 Sept (Malaysiaaktif) – Seramai lebih 30 orang kanak-kanak berumur 15 tahun kebawah telah memeriahkan aktiviti Kem Patriotik Kanak-Kanak 2017 yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Kegiatan Belia di sini yang berakhir semalam.

Menurut penyelaras program, Royston Valentine, program ini merupakan anjuran bersama Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Mukah dan  Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian  Mukah.

“Objektif penganjuran program adalah untuk memupuk semangat patriotik dalam diri para peserta sekali gus membentuk jati diri anak muda yang mengutamakan disiplin dan nilai-nilai  sayangkan tanah air.

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang program berlangsung.

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang program berlangsung.

“Aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang tiga hari program adalah seperti kawad kaki,  kembara berhalangan,  malam kebudayaan, serta ceramah bahana dadah dari skuad Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Mukah.

“Turut diadakan  tayangan filem patriotik ‘The Iban Warrior Kanang Ak Langkau’, dan sesi motivasi diri,” tegasnya semasa ditemui di sini semalam.

Program tiga hari ini turut menerima bantuan daripada Pertubuhan Belia Parlimen, Sayap Belia Persatuan Melanau, dan Skuad AADK Daerah Mukah untuk menjayakan aktiviti ini.

Menurut Royston lagi, antara tetamu yang diundang sempena program ialah Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Sarawak, Diana Stanislaus, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Mukah, Lanting Mala, dan jurulatih Akademi Setiaraja Mukah, Rosli Akup.

-SH

Tinggalkan komen anda