Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Skuad Sayang Santuni Warga Emas

By 25 September 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

MUKAH, 25 Sept (Malaysiaktif) – Lebih 10 ahli Skuad Sayang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian yang diketuai oleh Ketua Wanita Balingian, Aimie Kaliew melawat dan menziarahi warga emas dalam program Lawatan Menziarahi WargaEmas Yang Memerlukan di sekitar kawasan Balingian semalam.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Che Ghazali Arbi, Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi.

Menurut Aimie Kaliew, program seumpama ini tidak lain adalah bertujuan untuk menziarahi serta bertanya khabar dengan penduduk setempat.

Hasbi Gersik (tengah) terharu dengan kunjungan Skuad Sayang ke rumahnya.

Hasbi Gersik (tengah) terharu dengan kunjungan Skuad Sayang ke rumahnya.

“Tujuan mengadakan lawatan ke rumah-rumah warga emas di sekitar kawasan ini adalah untuk menziarahi mereka yang kurang sihat dan menghulurkan sumbangan berbentuk makanan dan kegunaan harian kepada mereka yang memerlukan.

“Selain itu, tujuan pihak Skuad Sayang melakukan lawatan ini adalah untuk bertanyakan khabar dan ingin mengetahui keadaan kesihatan mereka,” tambahnya lagi.

Rumah-rumah warga emas yang mereka lawati dalam program tersebut ialah rumah Truiah Gris, Daini Dairi, Hajah Jubaidah Majid dan Diah Tambi di Kampung Masjid Balingian.

Daini Dairi mengucapkan terima kasih kepada ahli Skuad Sayang kerana sudi melawat ke rumahnya.

“Saya bersyukur kerana diziarahi serta dibantu daripada segi barangan keperluan harian ini, dan berharap agar rakan-rakan seusia dengannya turut dibantu.

“Dengan adanya lawatan sebegini maka perasaan kami begitu gembira sekali dan ternyata membuktikan keprihatinan pihak berwajib terhadap nasib insan seperti kami ini,” katanya lagi.

-SH

 

Tinggalkan komen anda