Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

PM Umum Insentif Tambahan Buat Warga TM

By 26 September 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Edawati Sulaiman & Jaitripta kaur (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semalam mengumumkan beberapa insentif kepada warga Telekom Malaysia (TM).

Antaranya, waktu bekerja lebih anjal kepada warga TM yang mengandung apabila mereka dibenarkan pulang satu jam lebih awal, cuti ihsan kelahiran cucu terhad selama tujuh hari, cuti ihsan untuk ibu bapa dan anak menjalani rawatan di hospital, faedah perubatan dan pergigian bagi pekerja ekskutif antara RM500 hingga RM750 sekeluarga serta RM250 hingga RM500 sekeluarga bagi yang bukan ekskutif.

Diskaun sehingga 35 peratus bagi bayaran balik pinjaman turut ditawarkan kepada anak warga TM yang belajar di Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan percuma untuk mereka yang memperoleh kepujian kelas pertama.

Beliau membuat pengumuman ini pada sesi pertemuan ‘Jom Bersama PM dengan TM’ di Menara TM, di sini semalam.

Najib bersama Pengurusan TM melihat TelePresence warga TM dari seluruh pelusuk negeri termasuk Jakarta di skrin

Najib bersama Pengurusan TM melihat TelePresence warga TM dari seluruh pelusuk negeri termasuk Jakarta di skrin

Pada program ini, Najib berpeluang berinteraksi dengan lebih 20,000 warga TM yang menyertai sesi tersebut melalui kemudahan Definisi Tinggi TelePresence canggih TM dari pejabat masing-masing di seluruh Malaysia termasuk di Jakarta dan Jogjakarta.

“Telekom Malaysia (TM) sebagai sebuah organisasi yang penting dan peneraju konvergens negara.

“Kepada semua pengguna Wifi, mereka akan dapat mengekses Wifi secara percuma sehingga akhir tahun 2017 dan tidak lama lagi, semua rakyat Malaysia berpeluang untuk ekses Internet melalui wifi dengan hanya memuat turun aplikasi ‘i-foundit!’ di Google playstore atau Appstore untuk mengesan lebih 5,800 lokasi Hotspot seluruh Malaysia dengan kadar bayaran hanya 10 sen sejam” jelasnya.

PM bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia serta pengurusan TM melihat gimik pelancaran aplikasi TM

PM bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia serta pengurusan TM melihat gimik pelancaran aplikasi TM

Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak; Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengerusi TM, Tan Sri Datuk Seri Dr Sulaiman Mahbob.

– AH

Tinggalkan komen anda