Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Penerapan Nilai Positif Menerusi Rukun Negara – Rais Yatim

By 26 September 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Muhammad Ashraf Ahmad Jakarsi (Ampang)

AMPANG, 26 Sept (Malaysiaaktif) – “Sistem pengajian dan pengajaran serta sistem pendidikan harus peka selepas ini untuk mewujudkan beberapa alihan dasar berhubung dengan penciptaan budaya tinggi, supaya peristiwa-peristiwa buruk yang berlaku sekarang ini dapat diatasi menerusi penerapan nilai positif menerusi Rukun Negara.”

Demikian menurut Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim pada Majlis Serlahan Budi Dalam Pendidikan di Sekolah Kebangsaan Ampang, di sini semalam.

Rais Yatim menandatangani plak perasmian

Rais Yatim menandatangani plak perasmian

Objektif program ini adalah untuk menanam dan menyemai jiwa hidup berbudi dalam kalangan murid sekolah, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah serta menerapkan nilai-nilai budaya berbudi.

“Perlu ada inisiatif membuat beberapa aspek ajaran baru, sama dengan apa yang diajarkan seperti murid-murid di Jepun dan Korea yang mempunyai cara hidup budaya tinggi yang sudah diiktiraf dunia,” katanya lagi.

Penyampaian anugerah guru berbudi cemerlang

Penyampaian anugerah guru berbudi cemerlang

Pada program yang sama, Rais Yatim turut menyampaikan anugerah tokoh guru dan murid berbudi cemerlang, selain menyerahkan sumbangan kepada 15 murid.

Hampir 200 orang yang terdiri daripada ibu bapa, murid-murid, guru-guru dan penduduk setempat hadir pada program ini.

Penyampaian anugerah murid berbudi cemerlang

Penyampaian anugerah murid berbudi cemerlang

– AH

Tinggalkan komen anda