Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Baju Korporat Serlahkan Imej Ketua Masyarakat

By 28 September 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

BALINGIAN, 28 Sept (Malaysiaktif) – Seramai 90 orang terdiri daripada ketua-ketua masyarakat, kaum dan Tuai Rumah di sekitar Daerah Kecil Balingian menerima baju korporat.

Penerima terdiri daripada 4 orang penghulu, 79 tuai rumah, seorang kapitan dan 6 orang ketua kaum dalam kawasan pentadbiran Daerah Kecil Balingian.

Majlis penyampaian baju korporat itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Hj. Arbi bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kecil Balingian, di sini semalam.

Menurut Abdul Yakub, tujuan pemberian baju korporat ini agar semua ketua masyarakat ini nampak seragam dalam kalangan mereka.

“Antara lain tujuannya adalah untuk menetapkan identiti dan imej ketua masyarakat dibawah Pentadbiran Daerah Kecil Balingian.

“Apabila mereka mengenakan baju korporat ini, mereka kelihatan seragam dan senang untuk kita mengenali mereka apabila menghadiri mana-mana majlis di samping menaikkan semangat mereka dalam menjalankan tugas mereka mentadbir kampung dan kawasan mereka masing-masing,” katanya lagi.

Penghulu Balingian, Shahdan Sahari juga berkata dengan adanya baju korporat ini adalah untuk digunakan semasa Perasmian Pesta Bederun 30 September ini.

Di samping itu katanya baju ini nanti akan dipakai dalam acara rasmi ketua masyarakat apabila diperlukan pada bila-bila masa.

-SH

 

Tinggalkan komen anda