Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Pesta Bederun Balingian Dijangka Meriah

By 29 September 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

BALINGIAN, 29 Sept (Malaysiaaktif) – Pelbagai aktiviti akan diadakan semasa Pesta Bederun Balingian 2017 yang akan berlangsung selama tiga hari bertempat di Daerah Kecil Balingian dan di Sungai Balingian bermula pada 29 September hingga 1 Oktober ini nanti.

Antara acaranya ialah sukan air, sukan darat dan termasuk jualan, pameran dan hiburan bagi memeriahkan pesta tersebut.

Menurut Ahli Undangan Negeri Balingian, Abdul Yakub Arbi majlis perasmian pesta ini akan dirasmikan oleh Yang Di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di Sungai Balingian di sini nanti.

Pelbagai acara dipertandingkan sempena pesta kali ini.

Pelbagai acara dipertandingkan sempena pesta kali ini.

Beliau memaklumkan pada hari ini (Jumaat), acara-acara yang diadakan ialah perlumbaan bot panjang fibreglass dan bot laju enjin pam yang bermula pada sebelah pagi.

“Pada keesokkan harinya (Sabtu), pelbagai acara disediakan antaranya acara bidar tertutup 8 pengayuh campuran akhir, bidar terbuka 15 pengayuh, bidar tertutup 15 pengayuh lelaki (pecut) serta majlis perasmian pada pukul 10.30 pagi.

“Manakala pada sebelah petangnya pula acara pertandingan perahu berhias diadakan sekitar pukul 6.00,” ujarnya.

Pada hari terakhir, acara diteruskan dengan perlumbaan perahu bidar, bot laju dan yang terakhir acara bidar terbuka isi penuh raja sungai.

Menurut Lawrence Anthony, Pesta Bederun ini cukup diminati penduduk tempatan.

“Kita berharap pesta seperti ini perlu diadakan setiap tahun untuk memperkenalkan Daerah Balingian kepada orang ramai di samping menarik pelancong dari dalam dan luar negeri.

“Kita berharap supaya lebih ramai lagi peminat berkunjung semasa pesta ini berlangsung,” jelasnya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda