Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Sepuluh Negara Bakal Sertai Festival Regatta Sarawak

By 30 September 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

KUCHING, 30 Sept (Malaysiaaktif) – Sepuluh negara serakat ini telah mengesahkan penyertaan sempena Sarawak Regatta-Kuching Waterfront Festival 2017 yang akan berlangsung pada 10 hingga 19 November nanti.

Antara negara yang terlibat adalah Brunei, China, Hong Kong, Bangladesh, Australia, India, Filipina dan Singapura.

Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, pelbagai kategori akan dipertandingkan melibatkan ganjaran yang cukup lumayan.

“Sebanyak enam kategori dipertandingkan dengan lima kategori antarabangsa dan satu kategori tempatan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM45,500 termasuk piala dan pingat,” jelasnya semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Regatta Sarawak di Bilik Gerakan Wisma Bapa Malaysia, di sini, semalam.

Menurut Residen Bahagian Kuching, Haji Shukarmin Haji Chasemon, sebanyak 17 kategori lumba perahu dipertandingkan pada tahun ini yang melibatkan perahu tambang berdayung, perahu tambang berinjin, perahu balok, perahu bidar dan perahu kenyalang.

Haji Shukarmin menjelaskan secara keseluruhannya lumba perahu Regatta Sarawak akan melibatkan 26 peringkat saringan dan 17 peringkat akhir.

“Regatta Sarawak kali ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM240,000.

“Tarikh penjualan borang penyertaan akan dibuka pada 9 Oktober di Pejabat Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, manakala tarikh tutup penyertaan adalah pada 27 Oktober,” ujarnya lagi.

Pelbagai acara lain turut direncanakan sepanjang festival berlangsung seperti festival jualan makanan dapur Sarawak, serta jualan kraf Malaysia.

-SH

Tinggalkan komen anda