Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaSabah

Perintah Berkurung Akan Terus Dikuatkuasakan

By 30 September 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan: Monicca Kiat / Foto: Adelaidah Arshad (Sabah)

LAHAD DATU, 30 Sep (Malaysiaaktif) – Perintah berkurung akan terus dikuatkuasakan di ESSZONE sehinggalah kerajaan yakin keadaan di kawasan pantai timur Sabah selamat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tahap keselamatan di kawasan ESSZONE terhadap ancaman aktiviti jenayah rentas sempadan menjadi keutamaan kerajaan persekutuan berikutan Sabah amnya mendapat perhatian pelancong terutamanya dari China.

“Untuk terus menyokong usaha mencapai misi keselamatan, kerajaan melalui Mesyuarat Lembaga Penasihat ESSZONE memutuskan agar 500 pegawai dan anggota dari 10 daerah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan dilibatkan dalam penguatkuasaan kawalan keselamatan.

Katanya lagi, anggota RELA terbabit juga lebih memahami bentuk muka bumi selain lebih mengetahui setiap kawasan di Esszone.

“Bagaimanapun, aspek perundangan dan keselamatan memerlukan latihan jadi akan dibuat secepat mungkin,” ujarnya.

Ahmad Zahid, berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Penasihat ESSZONE di Pejabat ESSCOM di Lahad Datu di sini pada Jumaat.

Menurutnya lagi, menerusi pendekatan itu, anggota Rela akan menjadi barisan kedua pertahanan di Esszone, manakala agensi keselamatan lain kekal sebagai pasukan utama pemantauan dan operasi di kawasan terbabit.

Seramai 6,148 daripad 121, 888 pegawai dan anggota Rela di seluruh Sabah akan dimobilisasikan untuk tujuan ini namun seramai 500 akan terlibat dalam projek ini.

Ahmad Zahid juga merupakan Pengerusi bersama Lembaga Penasihat Esscom dengan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan diurus oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Jabatan Perdana Menteri.

Lembaga terbabit diwujudkan ketika Mesyuarat Sidang MKN yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak pada 10 Januari lalu.

Kewujudan lembaga terbabit lebih bertujuan untuk memantapkan lagi mekanisme sedia ada, merangkumi semua daerah di utara dan pantai timur Sabah, iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Mesyuarat terbabit turut memutuskan aspek kebajikan anggota pasukan keselamatan Pasukan Gerakan Am dan kem Jawatankuasa Perancangan Gerakan akan ditambah baik selain masalah kekurangan bekalan logistik untuk operasi harian ditangani dengan kadar segera.

SF

Tinggalkan komen anda