Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Pertandingan Pengisahan Negaraku Bina Jati Diri

By 1 Oktober 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Sharman Subramaniam (Kuala Selangor)

TANJUNG KARANG, 30 Sept (Malaysiaaktif) – Sebanyak 15 kumpulan mewakili setiap negeri di seluruh negara bagi saringan ke peringkat akhir dalam Pertandingan Separuh Akhir Pengisahan Negaraku Peringkat Kebangsaan 2017 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun, di sini hari ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias, dia berharap agar pertandingan ini memberi impak yang besar dalam membina jati diri dan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

‘Kita juga perlu mengingati tokoh-tokoh negara terdahulu atas jasa mereka kepada negara,” tambahnya.

WhatsApp Image 2017-09-30 at 9.19.15 PM

Mohd Shamsudin yang hadir untuk merasmikan program ini berkata masalah pada masa sekarang adalah media sosial kerana kesannya boleh memburukkan nama kerajaan dan pemimpin serta pemerintah.

Objektif program ini adalah untuk menonjolkan seni persembahan mengenai kejayaan tokoh dan peristiwa, menghargai sumbangan tokoh yang berjasa pada negara dalam kaedah seni lakonan dan persembahan pentas serta untuk mengingati semula kisah-kisah sejarah.

WhatsApp Image 2017-09-30 at 9.19.17 PM

Pertandingan Pengisahan ini merupakan anjuran tahunan Jabatan Penerangan Malaysia sejak tahun 2004.

Turut hadir, ADUN Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak dan Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Haji Almain Ajirul.

– AH

Tinggalkan komen anda