Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Lawatan Ke Kota A Famosa Seperti Dalam Buku Sejarah

By 4 Oktober 2017Oktober 5th, 2017Tiada komen3 minit bacaan
Laporan & foto: Liza Abdullah (Sabah)

TAWAU, 4 Okt (Malaysiaaktif) – Penganjuran program Kembara Negaraku 1Malaysia sekolah-sekolah menengah seluruh daerah Tawau membawa pelajar menyelami lipatan sejarah negara.

Peserta, Zarina Arissa, 16, berkata pelbagai manfaat dan pengalaman dapat diperoleh hasil program ini terutama semasa melawat Kota Melaka.

“Ini merupakan kali pertama saya memijak bandar raya ini dan saya terpegun melihat Kota A Famosa dan bangunan-bangunan bersejarah yang sebelum ini hanya disaksikan dalam buku teks Sejarah.

“Melawat sekitar bandar raya ini seolah-olah saya berada pada zaman penjajahan negara suatu masa dahulu” ujarnya.

“Setelah melihat sendiri kesan dan rentetan sejarah berkenaan, saya bertambah yakin kefahaman saya terhadap subjek ini akan lebih baik,” katanya yang mengakui Sejarah merupakan antara subjek yang sukar dikuasainya.

Program Kembara Negaraku 1Malaysia anjuran Kelab 1Malaysia Daerah Tawau ini disertai seramai 23 pelajar dan Guru Penyelaras Kelab 1Malaysia di seluruh sekolah-sekolah menengah di daerah Tawau.

Guru Penyelaras Kelab 1Malaysia, Salina Maruf, berkata sambutan penyertaan program ini amat luar jangka kerana pelajar amat teruja ingin menyertainya.

“Keterujaan ini disebabkan terdapat pelajar yang memang tidak berpeluang untuk melihat sendiri ibu kota negara secara dekat disebabkan faktor kewangan menyebabkan peluang ini jadi rebutan,” katanya ketika dihubungi selepas program berkenaan pada Selasa.

Tambahnya, lawatan sambil belajar ke Putrajaya tersebut dibuka kepada semua ahli Kelab 1Malaysia namun dikecualikan kepada pelajar tingkatan tiga dan lima disebabkan bakal menempuh peperiksaan besar,” jelasnya lagi.

Program anjuran Jabatan Penerangan Tawau yang berlangsung selama lima hari tersebut turut membawa para peserta melawat ke tempat-tempat menarik di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan Melaka.

Para peserta berpeluang melihat sendiri secara dekat set studio Selamat Pagi Malaysia di Wisma TV Angkasapuri.

Para peserta berpeluang melihat sendiri secara dekat set studio Selamat Pagi Malaysia di Wisma TV Angkasapuri.

Peserta turut dibawa melawat Wisma TV dan Wisma Radio Angkasapuri, Pusat Maklumat Rakyat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kompleks Pentadbiran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Peserta yang juga merupakan guru penyelaras Kelab 1Malaysia, Hirtati Tahir, 35, berkata amat teruja semasa dibawa melawat Skybridge KLCC.

“Selama ini saya hanya melihat jambatan (skybridge) KLCC dari bawah dan tidak mengetahui kita boleh menaikinya.

“Melawat sehingga ke tingkat 86 Bangunan Berkembar kebanggaan negara ini membuatkan saya berasa bangga dengan kemajuan yang telah dicapai negara kita,” ujarnya.

Dalam pada itu. Pegawai Penerangan Bahagian Tawau, Mohd Kaya Iggoh berkata objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memupuk semangat cinta akan negara dan menghargai nikmat keamanan yang telah dicapai oleh negara kita.

“Selain itu, kita memberi peluang kepada pelajar melihat pembangunan dan kemajuan bandaraya hasil kepimpinan para pemimpin negara kita.

Peserta kagum melihat Pusat Pentadbiran Persekutuan, Wisma Putra.

Peserta kagum melihat Pusat Pentadbiran Persekutuan, Wisma Putra.

Jelasnya lagi, program ini diharap dapat mencetuskan inspirasi khususnya kepada para pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh agar dapat menjadi insan yang dapat menyumbang kepada pembangunan dan kejayaan negara suatu hari nanti.

“Putrajaya dipilih sebagai destinasi utama program ini kerana Putarajaya merupakan pusat pentadbiran negara yang hampir keseluruhan pusat pentadbiran kementerian-kementerian persekutuan ada di sana.

“Melaka pula merupakan permulaan kepada sejarah negara dan bandar raya tersebut wajib dilawat agar pelajar dapat melihat sejarah negara dengan lebih terperinci,” tambahnya lagi.

 

-SF

Tinggalkan komen anda