Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Rumah Roboh Di Subang, KPKT Tawar PPR Lembah Subang 2

By 11 Oktober 2017Oktober 12th, 2017Tiada komen3 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Mohamad Zairin Mohamad Zin (Shah Alam)

PETALING JAYA, 11 Okt (Malaysiaaktif) – “Saya terpaksa tidur di masjid bersama anak-anak lelaki saya yang lain, isteri serta anak perempuan tidur di tempat lain dan hari ini saya bersyukur dengan tawaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) ini.”

Penerima PPR Lembah Subang 2, Abdul Razak Said, 50, berkata demikian apabila ditemui pada Majlis Penyerahan Kunci PPR Lemah Subang 2, di sini semalam.

“Kita telah bawa kes ini ke Mahkamah Rayuan dan diberi masa sebulan sebelum sebutan dan dalam masa itulah pegawai penguatkuasa dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) datang pada 26 September lepas ke rumah saya.

“Kami telah membuat rayuan dan pegawai penguatkuasa tersebut bagi tempoh sehingga hari ahad 1 Oktober lepas. Pada masa yang sama, kita telah buat surat rayuan dan injuksi supaya Pejabat Tanah Daerah Petaling dan juga mana-mana pihak termasuk MBSA tidak boleh mengadakan perobohan ke atas rumah yang saya dan saudara Yaacob duduki ini.

“Kita sudah ada surat mahkamah dan juga injuksi, jadi mereka ingkar dan pada 4 Oktober lepas itu terjadilah perobohan walaupun telah dibawa berbincang bersama pegawai penguatkuasa MBSA dan juga pegawai dari Pejabat Tanah Daerah Petaling, tetapi mereka mengatakan adanya perintah mahkamah dan bila kita minta notis perobohan, mereka tidak dapat menunjukkannya pula,” jelas Razak.

Abdul Razak Said, 50, menerima kunci PPR Lembah Subang 2

Abdul Razak Said, 50, menerima kunci PPR Lembah Subang 2.

Tambah Razak, buat masa ini dia hanya meminta keperluan rumah dan ruang niaga untuk berniaga dan meneruskan kelangsungan hidup bagi mendapatkan pendapatan dan menampung keluarga.

Sementara itu, seorang lagi pemilik rumah yang dirobohkan, Muhammad Abu Zarin Abdul Razak, 27, berkata “Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menawarkan rumah yang lebih praktikal dan masuk akal daripada tawaran yang kami dapat sebelum ini, jadi itulah yang kami rasa buat masa ini berbaloi dengan apa yang telah dirobohkan iaitu sebuah rumah dan kedai di pihak saya dan keluarga”.

“Malangnya tawaran ini telah dapat sebelum dirobohkan lagi, tapi pada masa itu saya sedang uruskan dokumen-dokumen ini, rumah kami telah dirobohkan dan jadi agak kelam kabut,” kata Abu.

“Datuk Halimahton (ADUN Kota Damansara) ada buat surat sokongan daripada pihak beliau untuk menangguhkan perobohan dan diberi masa untuk saya uruskan rumah ini dan membawa keluarga keluar dari sana dan baru ia dirobohkan,” jelas Abu.

Menurutnya lagi, “Kerajaan negeri ada beri pilihan selepas perobohan iaiti Flat Kota Damansara, Seksyen 8, tingkat 18. Saya telah lihat keadaan di situ, bukannya tidak selesa tetapi kami telah memohon di KPKT dahulu dan ada hitam putih berbanding tawaran daripada kerajaan negeri.”

Muhammad Abu Zarin Abdul Razak, 27

Mangsa rumah roboh di Subang, Muhammad Abu Zarin Abdul Razak, 27.

Dalam pada itu, Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar berkata, “Apabila saya lihat dalam media, saya baca dan berasa amat simpati dengan nasib yang mereka terima. Saya difahamkan mereka tidak mahu menerima rumah yang ditawarkan di Kota Damansara kerana rumah itu untuk disewa bukannya untuk dibeli.”

“Melalui kementerian, saya tawarkan perumahan PPR ini dan saya telah luluskan permohonan ini pada hari Jumaat lepas. Saya telah minta pada Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Jayaselan K.Navaratnam untuk sediakan semuanya dan pada hari Selasa, hari ini saya akan serahkan kunci tersebut,” jelasnya lagi.

Menurut Noh lagi, “Saya telah luluskan juga permohonan lot kedai kepada mereka untuk berniaga dan saya tahu tadi bahawa sewa lot kedai berharga RM550 sebulan, saya telah kurangkan ia menjadi sebanyak RM300 sebulan sahaja mengikut kemampuan mereka yang baru ditimpa masalah dan untuk bulan depan, barulah mereka mula membayar sewa tersebut.

“Kerajaan membantu rakyat caranya menjual dengan sewa RM255 di mana RM50 untuk penyelenggaraan dan RM205 sebagai sewa dan itu diambil kira sebagai ansuran pendahuluan pembelian rumah.

WhatsApp Image 2017-10-10 at 7.58.53 PM

“Kita bagi tempoh dua tahun dan dalam tempoh ini jika semuanya mengikut syarat-syarat yang ditetapkan seperti bayaran yang tepat pada masanya dan juga tidak disewa kepada orang lain, kita akan jadikannya sebagai tawaran jualan kepada pemilik dengan harga jualan hanya RM 35,000 sahaja dan bayaran bulanan dalam tempoh dua tahun tersebut termasuk dalam sebahagian harga rumah juga,” kata Noh lagi.

 

– AH

Tinggalkan komen anda