Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Kenangi Pengorbanan Insan Terdahulu

By 12 Oktober 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad / Rosele Hashim (Sarawak)

BETONG, 12 Okt (Malaysiaaktif) – Semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum tidak mengira usia dan agama adalah tunjang untuk  mengukuhkan serta mengeratkan lagi persaudaraan kaum berlandaskan semangat satu Malaysia.

“Perubahan merupakan hasil pengorbanan orang terdahulu dan jasa mereka seharusnya kita kenang dan abadikan sampai bila-bila,” ujar Pengarah Penerangan Sarawak, Abang Sardon Haji Abang Hashim semasa berucap dalam program Cinta Negara di Dewan Kampung Masjid disini.”

Turut diadakan ersembahan koir oleh SMK St. Augustine, Betong.

Turut diadakan ersembahan koir oleh SMK St. Augustine, Betong.

Dalam menggelorakan sambutan bulan kebangsaan, program Cinta Negara antara inisiatif jabatan dalam memupuk hubungan harmonis antara kaum dan agama dengan pelbagai aktiviti dalam usaha mengeratkan penduduk sekitar Betong.

“Walaupun perit pernah kita rasa namun dengan adanya semangat cinta negara ini, kita akan kekal aman dan terus maju,” jelasnya lagi.

Menurut penghulu Kampung Masjid Betong, Zawawi Ranjit, sikap sopan-santun dan budaya saling hormat menghormati merupakan ramuan dalam mengekalkan perpaduan yang sedia ada.

“Walaupun adanya perselisihan faham berlaku namun dengan adanya ramuan perpaduan yang ada masalah ini mudah diselesaikan tanpa sebarang prasangka antara satu sama lain,” jelasnya lagi.

Program di Kampung Masjid ini dihadiri lebih 400 orang penduduk tempatan serta ahli-ahli Komuniti 1Malaysia, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua masyarakat dan pesara Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak.

-SH

Tinggalkan komen anda