Integriti Asas Kejayaan Penjawat Awam-Halim

IMG_9731

Oleh: Syed Fauzi Syd Mostapa / Foto: AADK

PUTRAJAYA, 12 Okt (Malaysiaaktif) – “Integriti ialah asas yang boleh menentukan sama ada seseorang penjawat awam itu berjaya atau gagal”.

Demikian kata Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Dr. Abd Halim Mohd Hussin selepas memimpin warga AADK melafaz Ikrar Bebas Rasuah semasa Perhimpunan Bulanan AADK di Auditorium Utama di sini hari ini.

Halim ketika memimpin ikrar

Halim ketika memimpin ikrar

Tambahnya, setiap kakitangan perlu meningkatkan ilmu bagi mengurus kehidupan sesuai dengan kemampuan dan keupayaan kewangan.

“Saya berharap supaya elemen integriti sentiasa dipelihara dengan kukuh supaya agensi sentiasa dipandang tinggi dan menghasilkan persepsi positif oleh rakyat Malaysia,” ujarnya.

Pada majlis itu, Halim turut menyerahkan borang permohonan Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) kepada wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Turut hadir Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Abd Samat Kasah dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Ali Besar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...