Skip to main content
Berita TempatanSabah

Safrey Pertahan Juara ‘Mt.Kinabalu International Climbathon’ 2017

By 16 Oktober 2017Tiada komen3 minit bacaan

Laporan: Fauzrina Bulka / Foto: Azman Jumat & Saiful Rahman Sabri (Sabah)

 KUNDASANG, 16 Okt (Malaysiaktif) – Peserta Negara Safrey Sumping berjaya mempertahankan kejuaraannya pada Pertandingan Larian Mendaki Gunung Kinabalu Antarabangsa ke-30 di Taman Kinabalu pada pagi Ahad.

Safrey berjaya menamatkan larian dalam tempoh 2 jam 18 minit 28 saat seterusnya memenangi kejuaraan berkenaan buat kali kedua selepas memenangi acara berkenaan pada tahun lalu. Safrey mengakui kerjaya sebagai malim gunung memberi kelebihan buatnya, namun atas faktor cuaca menyebabkan peserta hanya dibenarkan berlari mendaki sehingga Panalaban Helipad sahaja. Katanya, cabaran larian sehingga Panalaban sahaja disebabkan keadaan cuaca dan jalan yang sangat licin.

“Situasi ini menyebabkan para peserta perlu lebih berhati-hati semasa turun, namun kelebihan sebagai malim gunung memberikan saya kelebihan disebabkan kami tahu keadaan jalan dan tempat yang licin.

Tambahnya, semasa perlumbaan bermula, hujan memang sudah turun, jadi agak sukar untuk sesi pemanasan badan ditambah keadaan angin sangat kuat dan saya turut terseliuh,” ujarnya yang edikit hampa berikutan catatan masa tidak dapat dijadikan pegangan rekod peribadi disebabkan para peserta tidak dapat berlari hingga ke puncak disebabkan faktor keselamatan.

Masidi bersama peserta Top 3 Elite Lelaki.

Masidi bersama peserta Pemenang Katagori Elite Lelaki.

Tidak menyembunyikan corak latihannya, Safrey berkata beberapa hari sebelum acara ini bermula dia hanya perlu buat latihan mendaki dan juga menaiki tangga sahaja disebabkan keadaan gunung yang mempunyai banyak tangga. Safey yang menerima RM8000, sijil dan juga pingat turut berharap dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat mempertahankan lagi kejuaraannya untuk tahun hadapan.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Masidi Manjun berkata mengambil kira suhu yang dilaporkan mencapai tujuh darjah celcius di Laban Rata maka pihak penganjur memutuskan untuk mengurangkan jarak larian hingga ke Panalaban sahaja.

“Ini bermakna mereka tidak akan meneruskan hingga ke puncak Gunung Kinabalu demi keselamatan mereka semua yang mengambil bahagian. Walau bagaimanapun, seperti yang kita lihat tadi, semangat semua pelari masih tinggi seperti biasa, cuma pada tahun ini kita tidak dapat mencatatkan rekod perbandingan kerana jarak pendakian telah dikurangkan,” jelasnya.

Tambah Masidi, Climbathon tidak dilihat daripada faktor pelancongan sahaja kerana Gunung Kinabalu ini sendiri merupakan ikon kepada Sabah dan juga Malaysia.

“Jika kita melihat mereka yang mengambil bahagian, mereka datang daripada pelbagai negara, jadi andaian kita mereka akan kembali ke negara masing-masing dan bercakap tentang Sabah secara tidak langsung mereka menjadi jurucakap untuk negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, tempat kedua Elite Lelaki dimenangi oleh Lel Kipchirchir dari Kenya dan tempat ketiga oleh Daved Simpat dari Malaysia.

Pemenang Top 3 Elite Wanita Climbathon 2017.

Pemenang Top 3 Elite Wanita Climbathon 2017.

Bagi peserta Elite Wanita pula dimenangi oleh Sandi Menchi Catlona Abahan dari Filipina yang tiba di garisan penamat dalam tempoh 3 jam 4 minit 30 saat diikuti Anineh Dainin dari Malaysia dan Valentine Jepkemoi Serem di tempat ketiga dari Kenya.

Tempat kedua menerima RM6000 manakala tempat ketiga menerima RM4,000 bersama pingat.

Seramai 116 menyertai Climbathon 2017 yang diwakili seramai 83 peserta tempatan manakala 33 lagi dari luar negara.

-SF

Tinggalkan komen anda